Monday, December 12, 2011

PRESTASI KERAJAAN UMNO BN - Kelemahan atau Kebaikan?Fikirkanlah

PRESTASI KERAJAAN UMNO BN DAN NASIB PENEROKA?



Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat

Laporan Ketua Audit Negara berkaitan kelemahan pengurusan Kerajaan Negeri Sembilan.

Rakyat dan anak muda menilai Kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir dengan baik di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Ketirisan Kerajaan UMNO/BN pada 2009 = RM 28 bilion. Apakah jawapan mereka?

Pemimpin mereka yang pernah terlibat korupsi dilantik untuk menjaga GLC. Bagaimana ini terjadi? Rakyat mohon penjelasan.

Sejarah Malaysia = Kerajaan Selangor diurus Pakatan Rakyat beri air percuma kepada rakyat.

Wednesday, November 30, 2011

Kongres AMK & KEADILAN cetus semangat kembalikan hak & suara rakyat - Perhimpunan Pemuda & UMNO akui mereka khianat rakyat

Nampaknya kebimbangan KJ Ketua Pemuda UMNO/BN begitu serius terhadap kemungkinan kekalahan UMNO/BN dalam PRU-13. Selepas Timbalan Presiden UMNO - TS Muhyiddin Yasin menyatakan bahawa PRU-13 adalah hidup mati UMNO/BN, maka perasaan ini dikongsi bersama oleh KJ dan DS Shahrizat Jalil. DS Shahrizat sibuk bicara soal lembu NFC nya, terdiam wanita apabila ketuanya hanya bincang tentang lembu-lembu kondo. TS Muhyiddin menonjolkan semangat Melayu keterlaluan tanpa diambil kira siapakah yang telah menggagalkan agenda Melayu kalau bukan UMNO/BN dengan rasuah dan ketirisan negara yang pernah mencapai angka RM 28 bilion setahun.

Pemuda UMNO sudah tidak ada isu. Masalah rakyat tidak menjadi fokus. Yang menjadi fokus ialah sibuk menjahanamkan orang lain. Ini berbeza dengan semangat yang ditonjolkan dalam Kongres AMK & KEADILAN di Johor tempoh hari, hak & keadilan untuk rakyat dibahas dengan baik. Pesanan untuk kukuhkan saf perjuangan ditekankan. Ini adalah keprihatinan bijak oleh para perwakilan, pemimpin dan anggota KEADILAN. Banding sahaja 3 tahun PAKATAN RAKYAT di Selangor, Kedah, Kelantan & Pulau Pinang dengan 54 tahun UMNO/BN, ternyata momentum prihatin rakyat Pakatan Rakyat begitu cepat melonjak dan konsisten. Rakyat & anak muda menilai ini.

Formula 6 Jahanam Pemuda UMNO nampaknya tidak menjawab cabaran Angkatan Muda Keadilan apakah UMNO/BN berani menggubal Perlembagaan agar PM itu hadir daripada orang Melayu.

Ini sekadar cabaran AMK, kerana UMNO sering mencanang bahawa mereka adalah jaguh Melayu. Hari ini andai kata Melayu mencabar mereka agar putuskan secara undang-undang bahawa PM perlu Melayu, apakah jawapan mereka? Sah cabaran politik ini tidak mampu dijawab oleh Pemuda UMNO. KEADILAN adalah parti berbilang kaum, kita mendukung semangat integrasi dengan baik tidak cauvanis seperti UMNO dan rakan sekutu.

Saya tidak mahu membincangkan tentang detail 6 jahanam yang dimaksudkan oleh KJ itu, tapi jika diteliti kesemuanya perkara tersebut dijahanam oleh UMNO/BN. Ini terus-terusan berlaku selama 54 tahun.

Ketua Pemuda UMNO perlu jawab siapakah
1) YANG MENJANAMKAN NEGARA DENGAN RASUAH SELAMA 54 TAHUN?
2) YANG MEMBENARKAN SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA.
3) SIAPA YANG MENYERAHKAN TANAH DI BUKIT GENTING SELAMA 999 TAHUN KEPADA LIM GOH TONG DAN MENUKAR HUTAN HUJAN MENJADI LUBUK JUDI?.
4) SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEHILANGAN RM50 BILION SAHAM BUMIPUTERA SEJAK MERDEKA?.
5) SIAPAKAH YANG MENYUSUTKAN KELUASAN TANAH REZAB MELAYU HAMPIR 50% SEJAK MERDEKA?
6)SIAPAKAH YANG MENYERAHKAN PULAU BATU PUTIH DAN TANJUNG PAGAR KEPADA SINGAPURA?
7)SIAPA YANG MENGGAGALKAN DEB DENGAN KETIRISAN?
8)SIAPAKAH YANG MELEPASKAN TELAGA MINYAK MALAYSIA KEPADA BRUNEI?

Ini cabaran kepada Sdra KJ jika mahu berhujah, AMK bersedia untuk berhujah kita bincang secara rasional untuk dipertimbangkan oleh rakyat. Biar rakyat buat keputusan, biar kita mentadbir atas kebijaksanaan rakyat dan bukannya dengan cara tipu dan memperkekehkan minda rakyat.

Kita tunggu respond daripada Ketua Pemuda UMNO berkenaan pelawaan Debat Pemuda Demi Rakyat ini.

Wednesday, November 16, 2011

Sidang Media AMK N. Sembilan

AMK N. Sembilan akan mengadakan Sidang Media pada:

Tarikh: 18 Nov 2011 - Jumaat
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Pejabat Parti Keadilan Rakyat N. Sembilan
Isu: Pendedahan Skandal Pengurusan Kerajaan N. Sembilan di bawah UMNO/BN.

Semua Media dijemput hadir

Wednesday, November 9, 2011

LAPORAN KELEMAHAN PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN N. SEMBILAN DI BAWAH UMNO/BN

MEMORANDUM INTEGRITI ANGKATAN MUDA KEADILAN N. SEMBILAN

GESA SPRM SIASAT PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN N. SEMBILAN

4 NOVEMBER 2011

Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMK N9) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Sembilan bagi tahun 2010. Berdasarkan dua dokumen Laporan Ketua Audit Negara setebal 127 dan 98 muka surat jelas menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan kerajaan negeri yang wajar disiasat sama ada wujudnya unsur-unsur rasuah yang menyebabkan beberapa projek di bawah agensi kerajaan negeri kandas, tidak sempurna serta menemui kegagalan.

Kita meneliti serius Laporan Audit Negara ini termasuk data yang menunjukkan bahawa kadar kemiskinan di seluruh Negeri Sembilan meningkat sejumlah 178.8% dalam tempoh 3 tahun (2008-2010). Kita bimbang ini berlaku kerana ketirisan dan rasuah yang berlaku serta hilangnya fungsi agensi kerajaan berjalan dengan baik akibat campur tangan politik dalam pentadbiran awam. Ini jelas dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan daripada 10 Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas) di N. Sembilan, 7 daripadanya mengalami prestasi yang tidak memuaskan. Perkara ini cukup membimbangkan rakyat marhaen di Negeri Sembilan.

Siasatan SPRM juga harus menjurus ke arah siasatan kelemahan penyelenggaraan bangunan Kerajaan di N. Sembilan (Rujuk m/s 3 – 22 Laporan Ketua Audit Negara bagi N. Sembilan). Selain itu penjelasan daripada Kerajaan Negeri harus diambil oleh SPRM berkenaan isu kecurian pasir secara haram. Pihak berkuasa wajar mendedahkan tangkapan atau pendakwaan yang telah dibuat atas isu kecurian pasir di Sungai Jijan, N. Sembilan.

Selain itu siasatan SPRM terhadap projek Tebatan Banjir Sungai Linggi yang berjumlah RM 8.5 juta harus dilakukan kerana bagaimana projek bernilai tinggi seumpama ini gagal untuk mengawal kemusnahan ekosistem di sepanjang Sungai Linggi akibat daripada penggunaan kaedah sedutan atau ‘dredging pump’ oleh kontraktor.

Justeru, AMK N. Sembilan menggesa agar suatu siasatan menyeluruh dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap urustadbir Kerajaan Negeri Sembilan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara yang jelas menunjukkan bukti-bukti kelemahan serta keraguan yang membolehkan suatu tindakan penyiasatan dimulakan oleh SPRM.

Mohd Nazree bin Mohd Yunus

Ketua AMK N. Sembilan - Naib Ketua AMK Pusat

ALBUM HI-TEA & PIDATO MEGA PILIHANRAYA AMK N9









































Terima kasih buat semua teman-teman Angkatan Muda Keadilan N. Sembilan yang telah bersama menjayakan Hi-Tea & Pidato Mega Pilihanraya AMK N9.

Semoga usaha ini mampu memberikan perkongsian informasi terkini isu-isu semasa termasuk Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Kelemahan Pengurusan Kewangan Kerajaan N. Sembilan di bawah pimpinan UMNO/BN. Masa untuk perubahan sudah tiba di N. Sembilan. Kebanyakkan kakitangan awam termasuk beberapa pegawai tinggi kerajaan telah menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku terutamanya yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Lanjutan daripada Hi-Tea & Pidato ini, AMK N. Sembilan telah membuat Laporan kepada SPRM bersama-sama dengan pimpinan AMK Negeri dan Pemimpin Pakatan Rakyat pada Jumaat lepas 4 November 2011. (Lampiran Report SPRM pada blog).

Dalam pertemuan bersama-sama dengan beberapa jentera DUN, insyallah, semua pihak telah bersetuju untuk memainkan peranan membuat laporan SPRM/Polis berkaitan isu ini dengan merujuk kepada laporan yang telah dibuat oleh AMK N9.

Gelombang laporan ini akan menjadi asas untuk kita terus memberikan penerangan kepada rakyat N. Sembilan berkaitan 'Success Story' Pakatan Rakyat di SELANGOR, KELANTAN, PULAU PINANG & KEDAH. Juga AMK Cabang-Cabang akan memberikan fokus kepada edaran makluman Kandungan BELANJAWAN KESEJAHTERAAN RAKYAT oleh DS Anwar Ibrahim (Pakatan Rakyat).

Salam Perjuangan,

-Nazree Yunus-
Naib Ketua AMK Malaysia

Monday, October 31, 2011

GESA SPRM SIASAT PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN N. SEMBILAN

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN N. SEMBILAN

31 OKTOBER 2011

Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMK N9) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Sembilan bagi tahun 2010. Berdasarkan dua dokumen Laporan Ketua Audit Negara setebal 127 dan 98 muka surat jelas menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan kerajaan negeri yang wajar disiasat sama ada wujudnya unsur-unsur rasuah yang menyebabkan beberapa projek di bawah agensi kerajaan negeri kandas, tidak sempurna serta menemui kegagalan.

Kita meneliti serius Laporan Audit Negara ini termasuk data yang menunjukkan bahawa kadar kemiskinan di seluruh Negeri Sembilan meningkat sejumlah 178.8% dalam tempoh 3 tahun (2008-2010). Kita bimbang ini berlaku kerana ketirisan dan rasuah yang berlaku serta hilangnya fungsi agensi kerajaan berjalan dengan baik akibat campur tangan politik dalam pentadbiran awam. Ini jelas dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan daripada 10 Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas) di N. Sembilan, 7 daripadanya mengalami prestasi yang tidak memuaskan. Perkara ini cukup membimbangkan rakyat marhaen di Negeri Sembilan.

Siasatan SPRM juga harus menjurus ke arah siasatan kelemahan penyelenggaraan bangunan Kerajaan di N. Sembilan (Rujuk m/s 3 – 22 Laporan Ketua Audit Negara bagi N. Sembilan). Selain itu penjelasan daripada Kerajaan Negeri harus diambil oleh SPRM berkenaan isu kecurian pasir secara haram. Pihak berkuasa wajar mendedahkan tangkapan atau pendakwaan yang telah dibuat atas isu kecurian pasir di Sungai Jijan, N. Sembilan.

Selain itu siasatan SPRM terhadap projek Tebatan Banjir Sungai Linggi yang berjumlah RM 8.5 juta harus dilakukan kerana bagaimana projek bernilai tinggi seumpama ini gagal untuk mengawal kemusnahan ekosistem di sepanjang Sungai Linggi akibat daripada penggunaan kaedah sedutan atau ‘dredging pump’ oleh kontraktor.

Justeru, AMK N. Sembilan menggesa agar suatu siasatan menyeluruh dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap urustadbir Kerajaan Negeri Sembilan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara yang jelas menunjukkan bukti-bukti kelemahan serta keraguan yang membolehkan suatu tindakan penyiasatan dimulakan oleh SPRM.

Mohd Nazree bin Mohd Yunus

Ketua AMK N. Sembilan/Naib Ketua AMK Pusat

SYABAS PASUKAN BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN N. SEMBILAN

31 OKTOBER 2011

Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMK N9) mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan atas kejayaan memenangi Piala Malaysia 2011. Kejayaan menumpaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan tersebut walaupun ketinggalan satu jaringan menunjukkan semangat juang yang tinggi oleh para pemain pasukan Negeri Sembilan. Kita bangga dengan kejayaan ini.

AMK N. Sembilan menyarankan agar Kerajaan Negeri memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha dan kejayaan yang telahpun dilakar oleh para pemain. Ini sejarah yang tidak boleh diambil ringan oleh Kerajaan Negeri kerana kemampuan pasukan bola sepak Negeri Sembilan membawa 2 kali dalam 3 tahun Piala Malaysia ke Negeri Sembilan adalah suatu kejayaan yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk memajukan sukan di Negeri Sembilan.

AMK N. Sembilan menyokong penuh usaha mana-mana pihak untuk membangunkan sukan di N. Sembilan khususnya untuk anak-anak muda dan rakyat umumnya.

Mohd Nazree bin Mohd Yunus

Ketua AMK N. Sembilan/Naib Ketua AMK Pusat

Thursday, October 20, 2011

MEMIMPIN KESEJAHTERAAN RAKYAT - Ubah Demi Noghori


Bersama anak-anak muda mendukung perubahan - UBAH DEMI NOGHORI - mY-Noghori - NoghoriKU

Friday, October 14, 2011

Sembang Santai Anak Muda - PM NAJIB VS TPM MUHYIDDIN? - Medan Tempur N. Sembilan menjadi saksi!

15 Oktober - Sabtu TPM Muhyiddin turun di N. Sembilan khususnya Ampangan. 16 Oktober - Ahad PM Najib turun N. Sembilan.

1- Jangka waktunya agak dekat, namun ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa sudah ada pertempuran antara Pekan dan Pagoh. Kita belum lupa TPM Muhyiddin adalah individu yang lantang mengkritik plan peralihan kuasa oleh Pak Lah Badawi. Kita boleh mengira kali ini juga TPM Muhyiddin akan memulakan desakan apabila serangan ke atas PM Najib dan 'PM' Rosmah dilihat menjadi liabiliti buat UMNO/BN.Banyak isu belum selesai -Altantuya, Kapal Selam, Jet Pejuang + Komisen/Rasuah?, Cincin Berjuta? Ini semua menyemakkan pemikiran TPM Muhyiddin.

Ini belum kira lagi 1Malaysia dahulu atau 1Malay/1Bumiputera dahulu?TPM Muhyiddin Melayu dahulu baru Malaysia, PM Najib Malaysia dahulu, Melayunya kemudian.

Maka sekali lagi strategi untuk mendesak dilakukan oleh TPM Muhyiddin. Namun kali ini berbeza, TPM Muhyiddin mendesak bukan dengan cara terbuka, tetapi dengan kempen-kempen dan kenyataan agar Pilihanraya Umum-13 dilakukan segera.

PM Najib tidak setuju akan ini kerana mungkin Mentornya Dr. M memberikan signal bahawa General Election tidak wajar dibuat sekarang dan mendesak PM Najib agar menunggu sehingga habis tempoh matang Kerajaan 5 tahun.

2-Ataupun kehadiran PM Najib dan TPM Muhyiddin menjadi satu lagi bukti paranoid/kebimbangan melampau UMNO/BN di N. Sembilan terhadap kebangkitan rakyat untuk menolak mereka. Maka Kehadiran PM Najib pada Ahad ini boleh dilihat menidakkan kekuatan dan keupayaan TPM Muhyiddin memberikan suntikan semangat kepada jentera parti.

Timbul juga kekeliruan dalam majlis pada 15 Oktober ini, apakah ini majlis UMNO/BN atau majlis Kerajaan? Dana daripada mana? Ini harus disiasat oleh SPRM. Kerana kekeliruan timbul akibat kewujudan bendera-bendera BN yang pesat dipasang serata Pekan dan Bandar Seremban sama ada formalnya menyambut TPM ataupun Timbalan Pengerusi BN atau TP UMNO? AMK N.9 akan menghantar pasukan peninjau. Termasuk data-data perbelanjaan majlis ini kita akan semak. Bagaimana hubungan bendera BN dengan TPM ini. Billboard mereka juga jelas keliru - sama ada seolah-olah mahu menunjukkan TPM (Orang Kerajaan) turun atau - kononnya Pimpinan UMNO/BN turun padang.

Justeru strateginya ialah pancing rakyat hadir dengan jamuan makan dan atas tiket kehadiran TPM. Namun untuk menarik simpati rakyat bagi menunjukkan pimpinan UMNO/BN turun padang, maka dengan tidak malunya bendera BN tumpang sekaki dikibarkan.

3- MB Mohamad Hasan dalam Dilemma & tersepit. Antara mengekalkan diri sebagai Team Pak Lah/TPM Muhyiddin atau tunduk kepada PM Najib. Group TS Isa sedang menunggu untuk mengambil alih kerusi MB N9.(itupun jika menang sekali lagi). Apakan daya MB Mohamad Hasan tersilap langkah, terpanggil TPM Muhyiddin dahulu dan kemudiannya PM Najib juga mahu turun bagi kekalkan pengaruh 'orang+kroninya' di N. Sembilan. Kehadiran TPM Muhyiddin perlu dibilas dengan munculnya PM Najib.

Jarang kita dengar dalam masa terdekat TPM dan PM turun bertemu rakyat bagi kawasan dan Negeri yang sama melainkan ini ada unsur-unsur VS atau pertembungan kuasa? Dikhabarkan masing-masing sedang mengatur orang masing-masing. Teruk betul orang tua bertempur, habis dikerahnya rakyat jelata melihat aksi mereka. Sekali lagi anak muda tertawa melihat keletah orang tua begini. Kesian.....(saya pinjam ini dari seorang sahabat).

4- Sudah banyak pertemuan strategi pilihanraya UMNO/BN Pusat tidak memanggil TPM Muhyiddin - Komplot PM Najib bersama sepupu Hishamuddin mula muncul dalam beberapa siri pertemuan PRU mereka.

5-Namun akhirnya anak muda tidak minat dengan semua ini, kamu mahu komplot kita tidak peduli. Yang kami mahu Kerajaan Rakyat. Yang kami tahu, kamu pimpinan UMNO/BN sudah diberi waktu oleh rakyat dahulu. Terbukti mutakhir ini gagal mengurus dengan baik. Kami mahu perubahan. Kami tidak mahu semak fikiran seperti TPM Muhyiddin dan kroninya, mudah bagi kami anak muda - Kita buat perubahan di N. Sembilan. Selangor-Pulau Pinang-Kelantan-Kedah maju sahaja serta makmur.

Terbukti bahawa tipu helah UMNO/BN selama ini yang mendakwa mereka sahaja yang pandai memerintah adalah salah. Pakatan Rakyat juga pandai mentadbir bahkan lebih baik lagi berbanding UMNO/BN. Mana ada dalam sejarah 54 tahun merdeka Kerajaan beri air percuma kepada rakyat melainkan di Selangor di bawah Pakatan Rakyat(KEADILAN,PAS&DAP) MEMBERIKAN AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT.

6- Untuk My Negeri9 - Negeri9Ku - Ubah -Demi Negeri - Pakatan Rakyat Memimpin Kesejahteraan Rakyat.

SEMBANG SANTAI ANAK MUDA - Jom Politic Sporting! :) Cool Tak Main Beb... !

PROGRAM KESEJAHTERAAN RAKYAT - AMK N9


Program Kesejahteraan Rakyat oleh Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan bersama anak muda Linggi. Suatu usaha untuk bersama membantu pihak-pihak yang memerlukan seadanya. Ini adalah bukti kegagalan fungsi cekap Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pimpinan Kerajaan UMNO/BN yang gagal turun padang untuk memberikan bantuan sewajarnya.
Bantuan oleh AMK N. Sembilan sekadar dan seadanya adalah untuk membuka mata pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya memainkan peranan mereka. Orang kampung sudah mula celik. Mereka sedar bahawa peruntukan diuruskan oleh Kerajaan yang memerintah dan apabila Kerajaan sedia ada di bawah UMNO/BN tidak memainkan peranan dan hanya bersenang di atas. Rakyat menunggu waktu untuk membuat pilihan yang lebih baik - UBAH -DEMI NEGERI! N. SEMBILANKU - MYNEGERI - Pakatan Rakyat!