Wednesday, March 23, 2011

BELUM Selesai FITNAH 2, Datang FITNAH 3, Muncul Pemuka UMNO/BN?

Belum selesai bicara Fitnah 2, maka timbul pula video seks sebagai hidangan fitnah 3. Yang hairannya, terkini timbul pendedahan siapa sebenarnya Datuk T (Tan Sri Rahim Thamby Chik Bekas Ketua Menteri Melaka UMNO, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk Shuib Lazim (Bekas Senator UMNO/Sekarang Bendahari PERKASA).
Teorinya mudah, mengapa individu ini memilih jalan pendedahan skandal seks, apakah pendekatan seperti ini menjadi pendekatan politik baru yang tidak beretika?.
Laporan polis & siasatan satu perkara. Tetapi yang jelas bahawa ini bukti UMNO/BN sah terlibat dengan pemuka-pemuka yang muncul mengaku sebagai Datuk T ini adalah masih bersama UMNO/BN. Apakah sudah tidak ada lagi etika untuk berlawan politik sehingga kononnya video seks pemimpin Pakatan Rakyat mahu didedah.
Justeru, tidak mustahil selepas ini akan muncul lebih banyak lagi klip video seks yang melibatkan lebih ramai pimpinan negara terutamanya dari UMNO/BN. Ini akan berlaku jika kita rakyat terus menerima tanpa bantah pendekatan politik jijik dan kotor serta tidak bermaruah seumpama ini.
Konklusinya, dakwaan rangkaian UMNO/BN terlibat dalam kes ini terbukti dengan pengakuan oleh Datuk T khususnya oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik. Ternyata kuasa kudrat Allah SWT maha kaya untuk mendedahkan kebenaran keterlibatan pemuka UMNO/BN dalam skandal video seks ini.
Polis harus jalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Trionya atas paparan bahan lucah serta perlu dibuktikan ketulenan video tersebut supaya fitnah dapat dirungkai dan rakyat memperoleh maklumat sebenar.

Thursday, March 3, 2011

AMK N9 Edar Risalah 100 Hari PR & Warkah Terbuka Anak Muda



"Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan AMKN9 telah mula turun padang setiap bulan memberi kesedaran kepada orang ramai melalui pengedaran Risalah 100 Hari Pakatan Rakyat. Ianya adalah merupakan misi nasional AMK bagi menyebarluaskan informasi Program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Antara kepimpinan AMK yang turun padang mengedar risalah sambil beramah mesra dengan orang ramai tersebut ialah Nazree Yunus Ketua AMKN9, Hj. Ramlan Roes Exco AMK Pusat, Kamarul Nizam Bendahari AMKN9 dan Rosidan Ketua AMK Cabang Seremban.

Program Ceramah PAS Merlimau Dihadiri 5000 Orang Sekalipun Cuba Dibatalkan Oleh Polis


Program ceramah Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang dan Sdra. Mohd Sabu di Merlimau Utara berjaya juga diadakan sekalipun ianya cuba disekat oleh pihak polis yang pada awalnya telah mengarahkan supaya program tersebut dipindahkan atau dibatalkan.Beberapa pimpinan PAS telah berhujjah dengan Ketua Polis Daerah Jasin yang kemudiannya mengizinkan ceramah diteruskan dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.


GB telah turut bersama berhujjah kepada pihak polis berkenaan dan bertanyasamada kedatangan mereka untuk menyekat program ceramah PAS tersebut adalah sebenarnya datang dari "arahan pihak tertentu," ketua polis tersebut sekadar tersenyum dan mengakuinya dengan menyatakan "saya tidak perlu ulas dan tak perlulah bagitahu siapa yang mengarahkannya."


Program ceramah diteruskan dengan kehadiran lebih dari 5 ribu orang rakyat tempatan dimulai dengan ucapan Sdra Adly Zahari, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari yang melahirkan rasa kesal dengan tindakan UMNO memperalatkan pihak polis bagi menganggu program PAS."Sedangkan mereka menggunakan kemudahan awam seperti bangunan Politeknik tanpa sebarang sekatan," ujarnya.Mohd Sabu di dalam ceramahnya pula meminta rakyat Merlimau untuk menolak UMNO di dalam pilihanraya kecil 6 hb Mac ini supaya seorang pembangkang dari PAS dapat bersuara di dalam dewan undangan negeri Melaka.


Beliau menegaskan bahawa apabila demokrasi cuba disekat, maka tragedi Mesir, Tunisia, Bahrain dan lain-lain akan berlaku dan sepastinya ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.Beliau juga membidas pihak UMNO yang menuduh kononnya PAS kuda tunggangan DAP untuk disebarkan di kalangan orang Melayu, sedangkan dalamasa yang sama pihak MCA menuduh DAP kuda tungangan PAS di kalangan orang bukan Melayu.


Bekas Pengerusi GERAK yang juga Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus turut berceramah dengan mengajak pengundi di Merlimau supaya membuat pilihan yang betul di hari pengundian nanti. Beliau menjelaskan bahawa tiada rasuah mega di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Yang ada ialah sekeping kek yang dihadiahkan kepada TG Nik Abdul Aziz dianggapkan rasuah oleh Pemuda UMNO yang ketandusan modal dan dilaporkan kepada pihak SPRM.


Presiden PAS TG Abdul Hadi Awang yang berucap di majlis berkenaan menyatakan bahawa PAS berbeza dengan UMNO dimana UMNO tidak memperhitungkan nilai pahala dan dosa di dalam kehidupan berpolitik.Semepena sambutan Maulidir-Rasul, kita sepatutnya mengambil pelajaran dari kehidupan Rasulullah supaya membina cara hidup yang diredhai Allah s.w.t.Islam yang berkembang di Malaysia yang bermula di Melaka adalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah.Perjuangan menentang penjajah di Melaka pada tahun 1511, kemudian kebangkitan rakyat menentang penjajah Belanda dan Inggeris selepas menentang Portugis membuktikan "rakyat" telah menentang penjajah lebih awal dari UMNO yang hanya memulakan penentangannya kepada Inggeris pada 1946.



Program ceramah PAS di Merlimau tersebut sekali lagi cuba diganggu oleh UMNO yang juga mengadakan program ceramahnya selang beberapa meter dari program PAS. Program tersebut lansung tidak diganggu oleh polis dan ianya hanya dihadiri sekitar 30-40 orang.



Pakatan urged to field youth in Merlimau

SEREMBAN: Pakatan Rakyat has been urged to choose a candidate from one of its youth wings for the Merlimau state seat.
The call came today from the new youth chief for Negeri Sembilan PKR, Mohd Nazree Mohd Yunus, who commended the Pakatan leadership for agreeing to field a woman for the Jan 30 by-election in Tenang.

The Merlimau seat, in Malacca, became vacant last week with the death of Umno’s Mohamad Hidhir Abu Hassan. The Election Commission will meet this Friday to decide on the nomination and polling dates for the by-election.
Mohd Nazree said Pakatan should show its appreciation for the “very prominent role” that youths played in the opposition alliance, like it had recognised the contribution of women by choosing PAS’ Normala Sudirman for Tenang.

“The youth members of PKR, PAS and DAP have always given their maximum in by-election campaigns since the great win of March 2008,” he said.
“So, for Merlimau, I call upon Pakatan’s top leadership to give a youth candidate a shot. This will further strengthen the spirit of Pakatan youths for the coming general election.”
Mohd Nazree said the Merlimau by-election would probably be the last before the next general election. The law does not require a by-election if any state or parliamentary seat falls vacant after March 8 this year.

“I don’t expect the Port Klang by-election to take place as the Election Commission will fight tooth and nail to avoid it, like it did in the case of Kota Seputeh in Kedah,” he said.
The speaker of the Selangor legislative assembly last week declared the Port Klang seat vacant, saying its representative, Badrul Hisham Abdullah, had failed to attend assembly sittings for six months. Badrul Hisham is challenging the expulsion in court.

At today’s press conference, Mohd Nazree announced the names of the Negeri Sembilan PKR youth councilors for the 2010-2013 session. The lineup is as follows:

Youth Chief: Mohd Nazree Mohd Yunus
Deputy Youth Chief: Halim Abdul Aziz
Vice Youth Chiefs: Mohd Helmi Maarof, Jayson Tang, K. Sachithananthan
Secretary: Muhamad Affandi Abdul Malik
Information Chief: Abdul Malik Adam
Deputy Information Chief: Faiz Abdullah
Treasurer: Kamarul Nizam Abdul Ghani