Wednesday, November 30, 2011

Kongres AMK & KEADILAN cetus semangat kembalikan hak & suara rakyat - Perhimpunan Pemuda & UMNO akui mereka khianat rakyat

Nampaknya kebimbangan KJ Ketua Pemuda UMNO/BN begitu serius terhadap kemungkinan kekalahan UMNO/BN dalam PRU-13. Selepas Timbalan Presiden UMNO - TS Muhyiddin Yasin menyatakan bahawa PRU-13 adalah hidup mati UMNO/BN, maka perasaan ini dikongsi bersama oleh KJ dan DS Shahrizat Jalil. DS Shahrizat sibuk bicara soal lembu NFC nya, terdiam wanita apabila ketuanya hanya bincang tentang lembu-lembu kondo. TS Muhyiddin menonjolkan semangat Melayu keterlaluan tanpa diambil kira siapakah yang telah menggagalkan agenda Melayu kalau bukan UMNO/BN dengan rasuah dan ketirisan negara yang pernah mencapai angka RM 28 bilion setahun.

Pemuda UMNO sudah tidak ada isu. Masalah rakyat tidak menjadi fokus. Yang menjadi fokus ialah sibuk menjahanamkan orang lain. Ini berbeza dengan semangat yang ditonjolkan dalam Kongres AMK & KEADILAN di Johor tempoh hari, hak & keadilan untuk rakyat dibahas dengan baik. Pesanan untuk kukuhkan saf perjuangan ditekankan. Ini adalah keprihatinan bijak oleh para perwakilan, pemimpin dan anggota KEADILAN. Banding sahaja 3 tahun PAKATAN RAKYAT di Selangor, Kedah, Kelantan & Pulau Pinang dengan 54 tahun UMNO/BN, ternyata momentum prihatin rakyat Pakatan Rakyat begitu cepat melonjak dan konsisten. Rakyat & anak muda menilai ini.

Formula 6 Jahanam Pemuda UMNO nampaknya tidak menjawab cabaran Angkatan Muda Keadilan apakah UMNO/BN berani menggubal Perlembagaan agar PM itu hadir daripada orang Melayu.

Ini sekadar cabaran AMK, kerana UMNO sering mencanang bahawa mereka adalah jaguh Melayu. Hari ini andai kata Melayu mencabar mereka agar putuskan secara undang-undang bahawa PM perlu Melayu, apakah jawapan mereka? Sah cabaran politik ini tidak mampu dijawab oleh Pemuda UMNO. KEADILAN adalah parti berbilang kaum, kita mendukung semangat integrasi dengan baik tidak cauvanis seperti UMNO dan rakan sekutu.

Saya tidak mahu membincangkan tentang detail 6 jahanam yang dimaksudkan oleh KJ itu, tapi jika diteliti kesemuanya perkara tersebut dijahanam oleh UMNO/BN. Ini terus-terusan berlaku selama 54 tahun.

Ketua Pemuda UMNO perlu jawab siapakah
1) YANG MENJANAMKAN NEGARA DENGAN RASUAH SELAMA 54 TAHUN?
2) YANG MEMBENARKAN SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA.
3) SIAPA YANG MENYERAHKAN TANAH DI BUKIT GENTING SELAMA 999 TAHUN KEPADA LIM GOH TONG DAN MENUKAR HUTAN HUJAN MENJADI LUBUK JUDI?.
4) SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEHILANGAN RM50 BILION SAHAM BUMIPUTERA SEJAK MERDEKA?.
5) SIAPAKAH YANG MENYUSUTKAN KELUASAN TANAH REZAB MELAYU HAMPIR 50% SEJAK MERDEKA?
6)SIAPAKAH YANG MENYERAHKAN PULAU BATU PUTIH DAN TANJUNG PAGAR KEPADA SINGAPURA?
7)SIAPA YANG MENGGAGALKAN DEB DENGAN KETIRISAN?
8)SIAPAKAH YANG MELEPASKAN TELAGA MINYAK MALAYSIA KEPADA BRUNEI?

Ini cabaran kepada Sdra KJ jika mahu berhujah, AMK bersedia untuk berhujah kita bincang secara rasional untuk dipertimbangkan oleh rakyat. Biar rakyat buat keputusan, biar kita mentadbir atas kebijaksanaan rakyat dan bukannya dengan cara tipu dan memperkekehkan minda rakyat.

Kita tunggu respond daripada Ketua Pemuda UMNO berkenaan pelawaan Debat Pemuda Demi Rakyat ini.

Wednesday, November 16, 2011

Sidang Media AMK N. Sembilan

AMK N. Sembilan akan mengadakan Sidang Media pada:

Tarikh: 18 Nov 2011 - Jumaat
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Pejabat Parti Keadilan Rakyat N. Sembilan
Isu: Pendedahan Skandal Pengurusan Kerajaan N. Sembilan di bawah UMNO/BN.

Semua Media dijemput hadir

Wednesday, November 9, 2011

LAPORAN KELEMAHAN PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN N. SEMBILAN DI BAWAH UMNO/BN

MEMORANDUM INTEGRITI ANGKATAN MUDA KEADILAN N. SEMBILAN

GESA SPRM SIASAT PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN N. SEMBILAN

4 NOVEMBER 2011

Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMK N9) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Sembilan bagi tahun 2010. Berdasarkan dua dokumen Laporan Ketua Audit Negara setebal 127 dan 98 muka surat jelas menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan kerajaan negeri yang wajar disiasat sama ada wujudnya unsur-unsur rasuah yang menyebabkan beberapa projek di bawah agensi kerajaan negeri kandas, tidak sempurna serta menemui kegagalan.

Kita meneliti serius Laporan Audit Negara ini termasuk data yang menunjukkan bahawa kadar kemiskinan di seluruh Negeri Sembilan meningkat sejumlah 178.8% dalam tempoh 3 tahun (2008-2010). Kita bimbang ini berlaku kerana ketirisan dan rasuah yang berlaku serta hilangnya fungsi agensi kerajaan berjalan dengan baik akibat campur tangan politik dalam pentadbiran awam. Ini jelas dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan daripada 10 Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas) di N. Sembilan, 7 daripadanya mengalami prestasi yang tidak memuaskan. Perkara ini cukup membimbangkan rakyat marhaen di Negeri Sembilan.

Siasatan SPRM juga harus menjurus ke arah siasatan kelemahan penyelenggaraan bangunan Kerajaan di N. Sembilan (Rujuk m/s 3 – 22 Laporan Ketua Audit Negara bagi N. Sembilan). Selain itu penjelasan daripada Kerajaan Negeri harus diambil oleh SPRM berkenaan isu kecurian pasir secara haram. Pihak berkuasa wajar mendedahkan tangkapan atau pendakwaan yang telah dibuat atas isu kecurian pasir di Sungai Jijan, N. Sembilan.

Selain itu siasatan SPRM terhadap projek Tebatan Banjir Sungai Linggi yang berjumlah RM 8.5 juta harus dilakukan kerana bagaimana projek bernilai tinggi seumpama ini gagal untuk mengawal kemusnahan ekosistem di sepanjang Sungai Linggi akibat daripada penggunaan kaedah sedutan atau ‘dredging pump’ oleh kontraktor.

Justeru, AMK N. Sembilan menggesa agar suatu siasatan menyeluruh dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap urustadbir Kerajaan Negeri Sembilan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara yang jelas menunjukkan bukti-bukti kelemahan serta keraguan yang membolehkan suatu tindakan penyiasatan dimulakan oleh SPRM.

Mohd Nazree bin Mohd Yunus

Ketua AMK N. Sembilan - Naib Ketua AMK Pusat

ALBUM HI-TEA & PIDATO MEGA PILIHANRAYA AMK N9









































Terima kasih buat semua teman-teman Angkatan Muda Keadilan N. Sembilan yang telah bersama menjayakan Hi-Tea & Pidato Mega Pilihanraya AMK N9.

Semoga usaha ini mampu memberikan perkongsian informasi terkini isu-isu semasa termasuk Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Kelemahan Pengurusan Kewangan Kerajaan N. Sembilan di bawah pimpinan UMNO/BN. Masa untuk perubahan sudah tiba di N. Sembilan. Kebanyakkan kakitangan awam termasuk beberapa pegawai tinggi kerajaan telah menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku terutamanya yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Lanjutan daripada Hi-Tea & Pidato ini, AMK N. Sembilan telah membuat Laporan kepada SPRM bersama-sama dengan pimpinan AMK Negeri dan Pemimpin Pakatan Rakyat pada Jumaat lepas 4 November 2011. (Lampiran Report SPRM pada blog).

Dalam pertemuan bersama-sama dengan beberapa jentera DUN, insyallah, semua pihak telah bersetuju untuk memainkan peranan membuat laporan SPRM/Polis berkaitan isu ini dengan merujuk kepada laporan yang telah dibuat oleh AMK N9.

Gelombang laporan ini akan menjadi asas untuk kita terus memberikan penerangan kepada rakyat N. Sembilan berkaitan 'Success Story' Pakatan Rakyat di SELANGOR, KELANTAN, PULAU PINANG & KEDAH. Juga AMK Cabang-Cabang akan memberikan fokus kepada edaran makluman Kandungan BELANJAWAN KESEJAHTERAAN RAKYAT oleh DS Anwar Ibrahim (Pakatan Rakyat).

Salam Perjuangan,

-Nazree Yunus-
Naib Ketua AMK Malaysia