Thursday, January 26, 2012

ANGKATAN MUDA KEADILAN N. SEMBILAN TURUN PADANG



ANGKATAN MUDA KEADILAN N. SEMBILAN TURUN PADANG -
27 JAN (Jumaat), 5 PTG HITEA Bersama Rakya & Anak Muda, SENALING, 9MLM, CERAMAH ANAK MUDA BERSAMA SDRA SHAMSUL ISKANDAR,
28 JAN(Sabtu), 10 PAGI - PROGRAM PENERANGAN & FLASHMOB, SERI MENANTI.

11 Feb (Sabtu) - Ceramah Umum - YB. Dr. Zulkefli Ahmad (MP Kuala Selangor), Nazree Yunus (Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N9), Ust. Khairil Anuar Wafa (Ketua DPPN9), jam 9malam, Tempat: UPU Senawang, Paroi.

24 Feb (Jumaat), Pentas Anak Muda - Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua DPPP),Nazree Yunus (Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N9), Ust. Khairil Anuar Wafa (Ketua DPPN9), jam 9malam, Tempat: Taman Tuanku Jaafar, N. Sembilan.

Tuesday, January 24, 2012

KENYATAAN MEDIA AMK N. SEMBILAN - PEMIMPIN WAJIB ISYTIHAR HARTA -AMK N9 JAWAB MB N9



KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI SEMBILAN

JANUARI 2012

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N.SEMBILAN IDEA BARU

1- Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan menyatakan pendirian kita dengan menyokong penuh Manifesto Pakatan Rakyat N. Sembilan yang telahpun dilancarkan pada 15 Januari 2012 lepas sebagai suatu bentuk Dokumen Manifesto Baru untuk rakyat.

2- Kita juga menolak dakwaan Pengerusi Perhubungan UMNO N. Sembilan yang juga Menteri Besar N. Sembilan yang begitu dangkal dalam memberikan pandangan bahawa semua idea dalam Manifesto PR N. Sembilan telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional termasuk soal pengisytiharan harta.

3- AMK N. Sembilan membidas dakwaan ini kerana pimpinan UMNO/BN dalam Kerajaan N. Sembilan sekadar mengisytiharkan harta kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar sendiri sedangkan hasrat Pakatan Rakyat ialah pengisytiharan harta itu perlu kepada rakyat umum.

4- Semakan dilaman web rasmi Kerajaan N. Sembilan jelas menunjukkan bahawa tidak ada langsung akses kepada kedudukan dan pengisytiharan harta pimpinan Exco Kerajaan Negeri Sembilan berbanding pimpinan Exco Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

5- AMK N. Sembilan membuka ruang dan mencabar Pengerusi Perhubungan UMNO N. Sembilan untuk berdebat atau berforum isu Manifesto Pakatan Rakyat untuk rakyat ini. Rakyat perlu mendapat penjelasan yang lebih lanjut berkaitan kandungan Manifesto PR N. Sembilan supaya tidak dikelirukan dengan pandangan dangkal pimpinan UMNO/BN seumpama yang telah dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungannya.

6- AMK N. Sembilan menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sejauhmana nilai Manifesto Pakatan Rakyat N. Sembilan berbanding tohmahan cedokan idea oleh Menteri Besar N. Sembilan. Rakyat boleh membandingkan prestasi 3 tahun Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau, Pinang, Kedah & Kelantan mutakhir ini berbanding sebelum ini di bawah Barisan Nasional.

MOHD NAZREE BIN MOHD YUNUS

KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN N. SEMBILAN/NAIB KETUA AMK MALAYSIA

Monday, January 16, 2012

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN







Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13)
Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan

“Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat”

Tonggak Nan Sembilan

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam

1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta.

1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan.

1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam.

1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah.

1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih.

1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai.

1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).

1.8 Mewujudkan “Enakmen Kebebasan Maklumat” bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.

Tonggak 2: Rakyat Nan Senang dan Sejahtera

2.0 Ekonomi

2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan.

2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.

2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri.

2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian.

2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.

2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara.

2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana.

2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.

2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri.

Tonggak 3: Rakyat Nan Bertelapak

3.0 Tanah dan Perumahan

3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).

3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.

3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.

3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik.

3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan.

3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu

4.0 Pendidikan

4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.

4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian.

4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.

4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.

Tonggak 5: Rakyat Nan Beraklak

5.0 Agama Islam dan Agama-Agama Lain

5.1 Islam dan Pendidikan Islam

5.1.1 Memperkemaskan sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.

5.1.2 Meningkatkan peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam.

5.1.3 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.

5.1.4 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing.

5.1.5 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik.

5.1.6 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah.

5.1.7 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur’an.

5.2 Agama-Agama Lain

5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.

5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam.

Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam

6.0 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial dan Alam Sekitar

6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial

6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.

6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah.

6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.

6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam.

6.2 Alam Sekitar

6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.

6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara.

6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya.

6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di estet-estet dan kawasan Felda.

6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai.

Tonggak 7: Rakyat Nan Selesa

7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam

7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.

7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan.

7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan mempastikan mutu air sentiasa tinggi.

7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda.

7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.

Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi Dibela dan Nan Tua Disantuni

8.0 Wanita dan Keluarga, Anak Muda, Peneroka dan Kebajikan

8.1 Wanita dan Keluarga

8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama.

8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan.

8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga.

8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak.

8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.

8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

8.2 Anak Muda

8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda.

8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan.

8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda.

8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk kegunaan anak muda.

8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan.

8.3 Peneroka Felda

8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka.

8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.

8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.

8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.

8.4 Kebajikan

8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya).

8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.

8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).

8.4.4 Memberi bantuan uniform sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah.

8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing.

8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.

8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan.

Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat

9.0 Seni Budaya dan Adat

9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum.

9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.

9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.

9.5 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

PELANCARAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN











Satu lagi sejarah tercipta di N. Sembilan, Himpunan Kesedaran Rakyat di Dataran Gemas, Terima kasih buat TEAM 151 AMK N. Sembilan yang membantu kawalan keselamatan dan edaran risalah penerangan buat tatapan rakyat agar punyai peluang menilai secara rasional dan asas fakta-fakta yang meyakinkan.

Skandal NFC - Informasi Rakyat


Ini adalah pendedahan Skandal NFC yang melibatkan wang rakyat. Apakah ini kerajaan dan pimpinan yang dimahukan rakyat? Kita nilai dan bincang, kita banding bezakan 3 tahun Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah & Pulau Pinang dengan 54 tahun UMNO/BN.

Ternyata mutakhir ini, PR lebih menyatakan komitmen dan disiplin dalam menguruskan khazanah negara. Nilaikan Laporan Audit Negara negeri-negeri di bawah PR berbanding BN.

Wednesday, January 11, 2012

PELANCARAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN








RAPAT RAKYAT


Ceramah Perdana dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan.
Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Rakyat, pekan Gemas, N.Sembilan (berhampiran pusat bowling Gemas)
Tetamu :
1. YB Dato Seri Anwar Ibrahim (tertakluk keputusan mahkamah 901)
2. Tuan Hj Mohamad Sabu (PAS)
3. YAB Lim Guan Eng (DAP)
4. Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat/Negeri

Semua dijemput hadir

Kemelut NFC - Rakyat Menilai



Pertimbangan rakyat dan anak muda berasaskan fakta dan hujah. Ini bentuk politik baru Malaysia.

Tuesday, January 3, 2012

AMANAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM 4 JANUARI 2012 RABU


AMANAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM 4 JANUARI 2012 RABU

Tepat jam 9 malam - 10 malam,

Perkarangan Pejabat Keadilan N. Sembilan, Jalan Tuanku Antah, Rahang.

Semua Dijemput Hadir