Thursday, June 21, 2012

SIRI 3 - PENDEDAHAN UMNO/BN CAMPUR TANGAN POLITIK KAMPUS


 Minit-minit mesyuarat ini adalah dokumen mesyuarat pihak-pihak yang terlibat. Mahasiswa dipanggil untuk menilai akan dokumen ini. Saya yakin akan halatuju mahasiswa akan dapat dicorak dengan lebih baik tanpa campur tangan politik partisan UMNO/BN yang menggunakan agensi kerajaan.





SIRI 2 - PENDEDAHAN UMNO/BN CAMPUR TANGAN POLITIK KAMPUS

SIRI 2 - PENDEDAHAN UMNO/BN CAMPUR TANGAN POLITIK KAMPUS.

Umno/Bn sudah nampak terdesak sehingga terpaksa menggunakan jentera kerajaan untuk mendoktrinkan fahaman politik partisan mereka.



Wednesday, June 20, 2012

Pendedahan Siri 1 - Campur Tangan UMNO/BN dalam politik kampus

Pendedahan Siri 1 - Campur Tangan UMNO/BN dalam politik kampus

Saya mendedahkan dokumen ini untuk semakan para mahasiswa untuk menilai. Kita menuntut agar pihak yang terlibat termasuk Kementerian Pengajian Tinggi menjawab persoalan ini.

Kita tidak ada masalah sekiranya parti politik mahu bersama dalam berkongsi idealisme perjuangan bersama mahasiswa kampus. Cuma pertikaian kita apakah rasional menggunakan jentera serta institusi kerajaan dalam doktrin partisan.

-Nazree Yunus-
Naib Ketua AMK Malaysia
Ketua AMK N. Sembilan


Sunday, June 10, 2012

Sekitar LINGGI-REMBAU Kempen Ketuk 100,000 Pintu-Anak Muda Turun Beri Penerangan - AMK N. SEMBILAN

Sekitar Kempen Ketuk 100,000 Pintu-Anak Muda Turun Beri Penerangan - AMK N. SEMBILAN
Program sekitar Rembau dan Linggi-Sunggala. Pekan Rembau, Hentian Teksi Rembau, Kg. Rendah. Kg. Pilin. AMK N9 juga bersama rakyat Solat Jumaat di Masjid Kg. Durian Daun Rembau. Turut bersama anak muda-kenduri di Rantau- Kg. Sawah.Persiapan risalah di 'setup' berdasarkan isu-lokaliti-pengundi. Tahniah kepada semua anak muda dan AMK N. Sembilan yang terlibat menjayakan program.





Ceramah Kelompok dilaksanakan di Sunggala-DUN Linggi. Sambutan amat baik bagi ceramah kelompok tersebut. Siri penerangan 'success story Pakatan Rakyat' akan lebih digiatkan dalam kempen ini. Anak mudo noghori dijemput untuk bersama. Hubungi kami melalui FB atau Twitter.

Sunday, June 3, 2012

Sekitar program 'Ketuk 100,000 Pintu Anak Muda Turun Beri Penerangan-AMK N9

JOM BERSAMA KAMI......Sekitar program 'Ketuk 100,000 Pintu Anak Muda Turun Beri Penerangan - from AMK N. Sembilan.

Sasaran adalah 13 DUN dan 3 Parlimen di N. Sembilan yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat.

-Nazree Yunus-
Ketua AMK N9 - Naib Ketua AMK Malaysia







Warkah Terbuka - TONGGAK NAN SEMBILAN - MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN

Saya dengan rendah hati memohon agar teman-teman Angkatan Muda N. Sembilan dan anak-anak muda seluruh negara agar dapat menyebarkan Warkah Rakyat & Manifesto Rakyat ini semaksimum yang boleh demi memastikan penerangan, maklumat dan agenda Pakatan Rakyat N . Sembilan dapat difahami dan dicermati oleh rakyat.

Saya optimis untuk melihat bertebaran Risalah Rakyat serta Manifesto Rakyat ini. Setiap edaran oleh sdra/sdri sekalian saya doakan diganjari Allah SWT dengan kebaikan disisiNYA. Anak-anak muda boleh bertwitter dan paparan di facebook adalah amat digalakkan.

Partisipasi dan keterlibatan semua adalah dapat menjamin kemenangan rakyat di N. Sembilan. Terima kasih buat semua yang dapat menyumbang tenaga dan usaha atas gerak kerja sebaran Manifesto Rakyat Tonggak Nan Sembilan - Pakatan Rakyat N. Sembilan ini.

Sekian, Warkah Terbuka Reformasi Penerangan Demi Rakyat

Nazree Yunus
Ketua AMK N. Sembilan - Naib Ketua AMK Malaysia