Monday, August 27, 2012

Merdeka 2012 Menjadi Bahan Politik?

Tema hari Merdeka ke-55 "Janji Ditepati' tidak dipersetujui oleh Pakatan Rakyat hingga isu ini dipolitikkan yang dijangka memberi implikasi semangat perpaduan rakyat Malaysia. Walaupun isu ini begitu remeh, namun difahamkan segelintir pihak mahu memboikot acara hari kemerdekaan pada malam kemerdekaan (30 Ogos 2012) nanti. Ikuti wawancara bersama Mohd Nazree Yunus - Naib Ketua AMK Malaysia/Ketua AMK N.Sembilan mengenai program malam berkenaan dan juga tema Hari Merdeka oleh Pakatan Rakyat 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

http://mobtv.my/talkshow-1904.htmlhttp://mobtv.my/talkshow-1904.html

Ceramah & Aktiviti Ogos-Sept 2012

 

26 Ogos - Sambutan Aidilfitri Bersama Pas Rembau - 12 tghr - Ceramah Umum - 9 malam - Kundur Hilir - Ahad

 

29 Ogos - Ceramah Aidilfitri - Johol - Kuala Pilah -9 malam - Rabu


2 Sept - Ahad - Rumah Terbuka Aidilfitri Pakatan Rakyat N9 - 3 ptg - Melang Kuala Pilah.

Rumah Terbuka Aidilfitri Pakatan Rakyat N9

Dijemput Semua Anak Muda & Rakyat hadir meraikan majlis

Pada 2 Sept 2012 - Ahad - Melang, Kuala Pilah - 3 petang


Monday, August 6, 2012

Salam Aidilfitri Buat Rakyat & Anak Muda

Bersama kita mengimarahkan Ramadhan yang berbaki dengan kesungguhan ibadah yang kuat. Amal ibadah harus ditingkatkan dalam Ramadhan apatah lagi dipenghujung Ramadhan ini. Rebutlah ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita sempena Ramadhan.

Kukuhkan Saf perjuangan khususnya buat teman-teman anak muda. Semoga keberkatan Ramadhan dapat kita panjangkan dalam bulan-bulan yang lain dengan semangat ibadah, perjuangan kebenaran dan keadilan yang kukuh serta istiqamah.

Amalan bersedekah juga wajar diperbanyakkan dalam bulan Ramadhan, serta amalan ziarah-menziarahi kita laksanakan ketika Aidilfitri berkunjung ke rumah sanak-saudara & sahabat-handai. Bantulah golongan miskin-fakir, anak yatim, saudara baru, saudara-mara, sahabat-sahabat dan golongan yang memerlukan tatakala Ramadhan ini dan menjelang Aidilfitri nanti. Kita doa bersama agar beroleh keberkatan dan dimurahkan rezeki bersama oleh Allah SWT.

Salam hormat & Salam perjuangan buat semua.

Nazree Yunus
Naib Ketua AMK Malaysia-Ketua AMK N.Sembilan