Kenyataan Media Naib Ketua AMK Malaysia 3 Februari 2014
Amal Politik Berakhlak - Tolak BN di Kajang
AMK menolak sikap dan pendirian kempen tidak beretika Umno BN yang diumumkan oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa akan mendedahkan kepada umum berkaitan isu kes mahkamah Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai modal kempen mereka.
AMK menyarankan kepada Umno serta Datuk Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan Umno agar mengamalkan politik yang lebih berakhlak dan beretika. Pakatan Rakyat akan berkongsi maklumat dengan rakyat berkaitan isu-isu serta usaha-usaha pembangunan insaniah dan fizikal yang telah dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan di Selangor termasuk di Kajang oleh Pakatan Rakyat.
Justeru, AMK menyeru agar rakyat menolak segala bentuk kempen politik yang tidak berakhlak dan beretika dalam PRK Kajang yang akan berlangsung tidak lama lagi. AMK juga menyeru seluruh anggota AMK dan anak-anak muda di seluruh negara agar dapat turun bersama berkempen di Kajang bagi memastikan kemenangan rakyat di Kajang dapat dipertahankan melalui Keadilan dan Pakatan Rakyat.
Mohd Nazree Mohd Yunus
Naib Ketua AMK Malaysia
Sunday, February 2, 2014
Monday, January 20, 2014
Kenyataan Media - Jangan Heret Isu Flash Mob Menjadi Isu Perkauman
Kenyataan Media Naib Ketua AMK Malaysia 20 Jan 2014
Jangan Heret Isu Flash Mob Menjadi Isu Perkauman
AMK menolak tindakan mana-mana pihak yang cenderung untuk mengheret isu flash mob bantahan kenaikan harga barang oleh YB Lee Khai Loon, ADUN Machang Bubuk menjadi isu perkauman.
Flash mob tersebut adalah suatu bentuk bantahan yang terbuka buat semua pihak untuk dilakukan. Apatah lagi flash mob tersebut adalah berkaitan ekspresi bantahan anak muda dan rakyat terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup . Kita tidak mempunyai masalah dengan usaha demontrasi balas yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan membantah flash mob tersebut kerana ini adalah hak mereka untuk berhimpun, menyatakan pandangan dan membantah. Namun kita tidak boleh bersetuju jika demontrasi yang diadakan bersifat rasis-perkauman dan ganas.
Adakanlah bantahan secara aman dan bukannya diheret isu flash mob bantahan kenaikan harga barang dan kos sara hidup ini menjadi isu perkauman. Adalah lebih baik jika pemimpin Umno dan juga NGO terlibat turut bersama rakyat mengadakan bantahan dalam isu kenaikan kos hidup rakyat berbanding cuba untuk membawa isu flash mob ini sebagai isu perkauman. Kita rakyat dan anak muda harus lebih peka terhadap isu keperluan rakyat berbanding cuba untuk mengeruhkan suasana dengan mengheret isu flash mob ini menjadi isu perkauman.
AMK menggesa agar pihak berkuasa menyiasat pihak-pihak yang berkenaan termasuk pemimpin UMNO dan NGO terlibat jika membangkitkan isu perkauman termasuk mengungkit ancaman peristiwa 13 Mei yang boleh mengancam keharmonian antara kaum.Kita anak muda boleh duduk berkongsi pandangan secara rasional demi masa depan rakyat Malaysia.
Mohd Nazree Mohd Yunus
Naib Ketua AMK Malaysia
Ketua AMK N.Sembilan

Kenyataan Media Naib Ketua AMK 20 Jan 2014
Kerajaan Wajar Kawal Kenaikan Harga Barang Secara Konstruktif
Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengalu-alukan penubahan Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang mana perkara seumpama ini telah dicadangkan lebih awal oleh AMK dalam serahan memorandum Gerakan Aduan Dan Demokrasi Rakyat (Nadi) kepada KPDNKK pada jumaat minggu lepas.AMK telah mencadangkan penubuhan Majlis Perundingan Kos Rakyat yang mana perlu melibatkan pelbagai pihak sama ada Kerajaan ataupun kumpulan peniaga,pembekal,pengilang,NGO,Parti Politik dan juga rakyat sebagai pengguna.AMK bersedia memberikan pandangan secara konstruktif dalam isu menangani kos sara hidup rakyat dan kenaikan harga barang.
Penurunan serta kawalan harga barang boleh dikawal pada peringkat ini dengan pengumuman penurunan harga minyak.Maka AMK menyarankan agar Kerajaan dapat mengumumkan penurunan harga minyak sebagai sebahagian langkah awal dalam mengekang kenaikan kos sara hidup rakyat
Ketua Pemuda Umno wajar membuat desakan praktikal dalam kabinet berkaitan kenaikan harga barang berbanding sekadar hanya membuat lawatan melawat Pasar Borong yang mana kita sudah sedia maklum berkaitan kenaikan harga barang dan perkara ini sudah jelas membebankan rakyat.Kapasiti beliau sebagai Menteri Kabinet wajar digunakan seoptimum mungkin dalam memberikan padangan dan tindakan bernas dalam isu hambatan kos sara hidup rakyat.
Kerajaan yang mempunyai harga diri yang tinggi tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan rakyat ditekan dengan kenaikan harga barang yang tinggi.
Mohd Nazree Mohd Yunus
Naib Ketua AMK Malaysia
Pengerusi Gerakan Aduan dan Demokrasi Rakyat-AMK

Tuesday, April 30, 2013
Calon P129 Kuala Pilah
LATAR BELAKANG
Anak jati Negeri Sembilan yang mempunyai saudara mara dari Ampang Tinggi Kuala Pilah ini adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam (Pengkhususan Bioteknologi) Universiti Malaya Kuala Lumpur (2003-2007) dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) Fakulti Sastera dan Sains Sosial (Pengajian Strategi dan Pertahanan) Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya Kuala Lumpur. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.
KHIDMAT MASYARAKAT
- Presiden Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya PERMANIS UM (2004-2005).
- Timbalan Presiden Persatuab Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri Kelantan (2002-2003)
- Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM (2005-2006)
- Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia SMM (2005-2006)
- Tim. Presiden Gabingan Mahasiswa Islam seMalaysia GAMIS (2005-2006)
- Exco tugas-tugas khas Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM
- Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan dan Anti Korupsi GERAK (2008-2010
- Pengerusi Bersama Benteng Negara dan Jenayah (BENAR) Malaysia
SUMBANGAN POLITIK
- Pengarah Pilihanraya AMK Negeri Sembilan PRU-13
- Naaib Ketua AMK Pusat (Disember 2011-kini)
- Ketua AMK Negeri Sembilan (Januari 2011-kini)
- Setiausaha Angkatan Muada Keadilan (AMK) Cabang Seremban (Mei 2010-Januari 2011)
Tuesday, April 2, 2013
CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI REMBAU - MAC 2013 - PEDAS TENGAH

Terima kasih buat teman-teman Angkatan Muda Keadilan N. Sembilan yang menjayakan program jelajah DSAI ini.
Ceramah Umum - Nazree Yunus
CERAMAH UMUM - SEMUA DIJEMPUT HADIR
3 APRIL-RABU-9 MALAM- KAPAR MERU-PENCERAMAH: YB KHALID SAMAD, NAZREE YUNUS-NAIB KETUA AMK MALAYSIA
4 APRIL - KHAMIS - 9 MALAM- PERTEMUAN JENTERA PILIHANRAYA SRI MENANTI KUALA PILAH (BILIK GERAKAN UTAMA PARLIMEN KUALA PILAH-TERACHI)
5 APRIL - JUMAAT - 9 MALAM - CERAMAH UMUM BATU KIKIR (JEMPOL)
6 APRIL-SABTU-
5 PTG- HI-TEA- YB TIAN CHUA, NAZREE YUNUS, PIMPINAN KEADILAN KUALA PILAH(KG PARIT PILAH)
8MALAM - CERAMAH UMUM-MEMBINA KEMENANGAN RAKYAT KUALA PILAH (BUKIT GELUGOR JUASSEH)
9 MALAM - CERAMAH PENTAS ANAK MUDO MALAYSIA (GUNONG PASIR SRI MENANTI)
7 APRIL-AHAD
KULIAH MAGHRIB - SEREMBAN
9MALAM- CERAMAH UMUM PILAH (TANJONG JATI)
Saturday, January 26, 2013
JELAJAH MERDEKA RAKYAT BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBARHIM DI NEGERI SEMBILAN

27 JANUARI 2013 - AHAD - KUALA PILAH - PASIR BESAR
-SEMUA RAKYAT DAN ANAK MUDA DIJEMPUT HADIR-

Subscribe to:
Posts (Atom)