Sunday, July 3, 2011

Bersih: Ketua AMK Negeri Sembilan dipanggil beri keterangan

(Oleh: Norutul Ilham)


NEGERI SEMBILAN: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, Nazree Yunus hari ini dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kandungan ceramahnya di Sepang yang menyentuh isu perhimpunan Bersih 2.0.


Selain beliau, beberapa lagi pimpinan Pakatan Rakyat turut dipanggil iaitu Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Cabang KEAdilan Sepang, Borhan Aman Shah.


Menurut Nazree, beliau menerima panggilan itu awal pagi tadi oleh seorang anggota polis yang memperkenalkan dirinya sebagai Asisten Superintendan (ASP), Hairul.


Pegawai polis berkenaan meminta beliau datang jam 3 petang untuk diambil keterangan di Balai Polis Senawang, dipercayai berhubung ceramah yang dianjurkan di Kampung Sungai Merab, Sepang pada 22 Jun lalu.


Katanya, beliau percaya tindakan itu ada kaitan dengan amaran polis kepada pengerusi majlis supaya tidak menyentuh langsung mengenai perhimpunan 9 Julai ini.


“ASP Hairul telefon saya pagi tadi untuk meminta saya datang memberi keterangan berhubung ceramah di Sepang, pada 22 Jun lalu.


“Saya khuatir ianya ada kaitan dengan ceramah pada malam itu yang banyak menyentuh mengenai Bersih,” kata Nazree ketika dihubungi Keadilandaily.


“Pada malam tersebut, polis sendiri ada memberi amaran kepada pengerusi majlis supaya tidak sebut pasal Bersih,” katanya.


Sementara itu, Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei ketika dihubungi berkata, polis menghubungi beliau pagi semalam untuk memberi keterangan.


Namun katanya, disebabkan kesibukan kerana program KEADILAN, beliau meminta pihak polis supaya datang ke pejabatnya di Kota Kemuning, Rabu depan untuk mengambil keterangan.


Sebelum ini dalam majlis ceramah yang sama, seorang ahli AMK, Razali Abd Ghafar ditahan polis kerana menjual T-shirt Bersih. Beliau dibawa oleh dua orang polis ke Balai Polis Abu Bakar Baginda, namun dilepaskan tidak berapa lama kemudian.


Wednesday, June 29, 2011

FORUM PEMUDA PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN

PRU-13 & POLITIK BARU, SEJAUH MANA KESEDIAAN ANAK MUDA?

TARIKH : 29 Jun 2011 (Rabu)
MASA : 8 malam
TEMPAT : Dewan PJ Perdana, Paroi, N. Sembilan
PANELIS : Sdra . Nazree Yunus (Ketua AMK N9), Ustz. Khairil Anwar Wafa (Ketua Dwn Pemuda PAS N9) & YB. Teo (Ketua DAPSY N9).

-Semua dijemput hadir-

Sunday, June 19, 2011

GALA KEADILAN NITE



GALA KEADILAN NITE : PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

TARIKH : 19 JULAI 2011 (SELASA)

MASA : 8.00 MALAM

TEMPAT : CITY KINGDOM BALLROOM, SEREMBAN, N. SEMBILAN


-SEMUA DIJEMPUT HADIR-


Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi Sekretariat Gala Keadilan Nite : Tel: 016-631 9585

Tuesday, June 7, 2011

CERAMAH PERDANA YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM - SIRUSA, PORT DICKSON




CERAMAH PERDANA YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Tarikh: 10 Jun 2011, Jumaat, 9 mlm,


Kg. Sirusa, Batu 4 (Belakang Petronas), Port Dickson, N. Sembilan.


Turut Bersama: YB Dato Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi Keadilan N. Sembilan), YB. Loke Siew Fook (Pengerusi DAP N. Sembilan), Sdra Zulkefly Mohamad Hj. Omar (PJ PAS N. Sembilan) & Sdra. Nazree Yunus (Ketua AMK N. Sembilan).


-SEMUA DIJEMPUT HADIR-

Tuesday, May 17, 2011

CERAMAH PERDANA


‎22 Mei 2011 Ahad, Ceramah Perdana. Kerajaan Fitnah : Isu Liwat & Video Seks: Satu Lagi Konspirasi Politik. Penceramah: Sdra Shamsul Iskandar Mat Akin, Dato Fauzi Abd Rahman, YB Rodziah Ismail, YB Dato Kamarul Baharin Abbas, Nazree Yunus. Kpg. Telok Pelandok, Batu 12, Port Dickson. Jam 9 mlm.


-MOHON SEBARAN-SEMUA DIJEMPUT HADIR-

Monday, April 11, 2011

MEMORANDUM INTEGRITI TERBUKA KEPADA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)

Pemuda Pakatan Rakyat N. Sembilan mendesak agar kerajaan menubuhkan dengan SEGERA sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Pegawai Kastam Diraja Malaysia, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur pada 6 April 2011.


Tuntutan ini adalah berdasarkan kepada beberapa aspek pertimbangan:


1- PEMUDA PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN berpandangan bahawasanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sebuah badan penting dalam agenda membanteras rasuah, maka perlu untuk imej institusi ini serta keseluruhan tatakelola SPRM dibersihkan imejnya apatah lagi kes kematian yang berlaku pada kali ini ke atas Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed adalah kes kedua selepas kematian mendiang Teoh Beng Hock di SPRM Selangor. Nyawa rakyat adalah perlu diutamakan keselamatannya apatah lagi dalam siasatan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.


2- PEMUDA PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN menuntut agar SPRM mengemaskini prosuder keselamatan siasatan termasuk persoalan keselamatan saksi atau suspek atau tertuduh dalam kes rasuah. Tekanan yang keterlaluan terhadap saksi atau suspek atau tertuduh adalah perlu dielakkan serta siasatan perlu dilakukan dalam keadaan hikmah.


3- PEMUDA PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN menyatakan kebimbangan jika SPRM terus dihantui imej buruk dan kehilangan kredibiliti integriti, maka tidak mustahil agenda pembangunan Good Governance dan anti korupsi akan gagal dilaksanakan.


Konklusi dapatan PEMUDA PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN bahawa Suruhanjaya Diraja adalah perlu bagi merungkai persoalan kredibiliti serta penambaikan tatakelola SPRM. SPRM adalah sebuah badan berkepentingan rakyat. Maka penyelesaian segera adalah perlu bagi memulihkan kompetensi prosuder siasatan dan keselamatan oleh SPRM termasuk kelayakan pegawai, ciri-ciri bangunan, bilik siasatan, method temu-siasat dan rakaman siasatan yang adil dan telus. Badan anti rasuah negara tidak boleh dibiarkan terus-terusan hilang upaya dalam melaksanakan agenda memerangi rasuah serta hilang ciri-ciri keselamatan dalam menjaga kebajikan dan keselamatan saksi atau suspek atau tertuduh. Nyawa rakyat tidak boleh dijadikan pertaruhan dalam usaha kita membanteras rasuah.


PEMUDA PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN


Mohd Nazree Mohd Yunus Ketua Angkatan Muda Keadilan N. Sembilan.


Khairil Anuar Wafa Ketua Dewan Pemuda PAS N. Sembilan.


Pemuda Parti Tindakan Demokratik (DAP)