Monday, May 28, 2012
Kempen Ketuk 100,000 Pintu & Penerangan AMK N9
Wednesday, May 2, 2012
MERDEKA RAKYAT DARI POLITIK FITNAH & LUCAH - Kenyataan Media AMK
MERDEKA RAKYAT DARI POLITIK FITNAH & LUCAH
AMK N. SEMBILAN & Malaysia menolak budaya politik fitnah dan kotor yang ditohmah kepada Tim. Presiden KEADILAN, YB. Azmin Ali. Anak-anak muda sudah muak dengan mainan dan tohmahan politik lucah dan seks yang dipaparkan kepada masyarakat. Ini adalah serangan bersiri media Pro-UMNO yang begitu jijik memaparkan imej seks dan lucah yang tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.
Rangkaian dan kepimpinan UMNO-BN gagal menjawab isu rakyat berkaitan NFC, PTPTN, Pendidikan Percuma dan terkini tuntutan BERSIH 3.0 dengan himpunan 300 000 rakyat jelas menolak politik durjana pimpinan UMNO-BN. Rakyat akan merubah UMNO-BN dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang apatah lagi dengan serangan fitnah yang melampau ke atas pimpinan Pakatan Rakyat.
AMK mendesak agar pihak-pihak yang terlibat dengan sebaran dan rangkaian fitnah ini memohon maaf kepada Tim. Pres KEADILAN dan pimpinan Pakatan Rakyat atas tohmahan yang mencemarkan maruah individu.
AMK Malaysia mengajak agar semua pihak supaya berpencak dalam budaya politik hujah, nilai dan keprihatinan atas maslahah rakyat berbanding serangan maruah individu yang keterlaluan.
28 April 2012 adalah HARI MERDEKA RAKYAT, jangan kita benarkan kembali rangkaian UMNO-BN menjajah pemikiran rakyat dengan sebaran info seks dan lucah di kalangan masyarakat.
Nazree Yunus
-Naib Ketua AMK Malaysia-Ketua AMK N. Sembilan
..............................................................................................
Kenyataan Media
1 Mei 2012
Pejabat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Fitnah Jahat Bersiri Menjelang Pilihan Raya Umum ke 13
Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO.
Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Dato␣ Seri Anwar Ibrahim. Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.
Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan ␣biological parent␣ kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga.
␣The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ␣X␣ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ␣Y␣ (child). ␣
Namun UMNO masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.
Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang- ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya. Munculnya fitnah ini tatkala UMNO dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam.
Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan UMNO supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat. Saya akan terus bersama-sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
Mohamed Azmin Bin Ali
Tuesday, April 3, 2012
AKTIVITI DAN GERAKAN ANAK MUDA - APRIL 2012

4 April - Mesyuarat Tawaran Kepada Anak Muda - Pemuda Pakatan Rakyat - 4 ptg.
Saya mohon teman-teman anak muda boleh majukan kepada saya untuk di bincang dengan serius kehendak anak muda.
5 April - Program Bersama Rakyat Ampangan, Gedung Lalang.
6 April - Jumaat - 9 malam, Ceramah Anak Muda - Pakatan Rakyat Menang, Harga Minyak Turun, Terachi Kuala Pilah. Bersama Sdra. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Nazree Yunus, Naib Ketua AMK Malaysia/Ketua AMK N9, Ustz. Khairil Anuar Wafa Ketua Pemuda PAS N9.
7 & 8 April - Retreat Pimpinan Keadilan N9. 7 April - 9 malam Ceramah Bersama Timbalan Presiden Keadilan, YB Azmin Ali, Kuala Pilah.
10 April - Ceramah di Telok Kemang bersama Pemuda PAS Telok Kemang. 9 malam.
13 April - Ceramah di Sekijang, Johor. Sdra Rafizi Ramli dan Nazree Yunus, Naib Ketua AMK Malaysia.
14 April - Ceramah di Chembong, Rembau bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Nazree Yunus, Naib Ketua AMK Malaysia.
20 April - Jumpa Rakyat dan Ceramah - Rantau.
21 April - Ceramah di Paroi, Rembau. Bersama Ustz. Ridhuan Mohd Nor (Pemuda PAS), Nazree Yunus, Naib Ketua AMK Malaysia.
29 April - Ahad - Pelancaran Tawaran kepada Anak Muda - Pemuda Pakatan Rakyat. Tempat - Selangor.
Jemput semua teman anak-anak muda untuk bersama-Kita Gerakkan Perubahan di N.9 - Demi Rakyat.
Monday, March 19, 2012
CERAMAH DS ANWAR IBRAHIM - 22 MAC,KHAMIS, PORT DICKSON
Sunday, March 11, 2012
INFO REFRESHMENT UNTUK RAKYAT

RAKYAT SEMAKIN BIJAK MENILAI
Prestasi Pakatan Rakyat dalam tempoh 4 tahun di Pulau Pinang - Mampu bayar hutang yang ditinggalkan oleh Gerakan/UMNO/BN sebanyak RM 630 juta. Pakatan Rakyat bayar RM 601 juta. Syabas YAB. Lim Guan Eng.
Selangor dibawah Pakatan Rakyat mampu beri air percuma kepada rakyat - Tidak ada dalam rekod sejarah Malaysia sebelum ini. Simpanan Tunai Selangor sekarang adalah RM 1.9 bilion. Syabas TS Khalid Ibrahim.
Hasil Balak di Kedah - Zaman UMNO/BN - 2007 = RM 8 juta........Zaman Pakatan Rakyat Kedah - Hasil Balak 2010 = RM 53 juta (Sumber: Laporan Audit Negara 2010) - MB- Dato' Seri Azizan
Hasil Balak di Kelantan - Zaman UMNO/BN - 1985-1989 = RM 8 juta (Keluasan 158 200 hektar).............Zaman Pakatan Rakyat - RM 155 juta (Keluasan 10451 hektar) - MB-Tn Guru Dato' Nik Abd. Aziz Nik Mat.
Ini sudah cukup meyakinkan kita bahawa jika PR di beri mandat, insyallah - rakyat lebih sejahtera.
CERAMAH UMUM
7 Mac 2012, Rabu - Jam 9 malam, Satria - DUN Paroi - Parlimen Rembau. Sdra Mazlan Aliman Pengerusi ANAK, Nazree Yunus - Naib Ketua AMK Malaysia, Sdra Rozmal Malakan dan Ustz Norazman.
10 Mac - AMK N9 Bersama Rakyat dan Jentera Parlimen Kuala Pilah- Edaran Risalah Penerangan - Ceramah TS Khalid Ibrahim (MB Selangor), 9 malam - Sri Menanti.
15 Mac 2012 - Khamis, 10.30 pagi. Laporan AMK N9 kepada SPRM N9 - Isu Penyelewengan Pimpinan UMNO/BN.
16 Mac 2012 - 9 malam, Hulu Langat, Taman Sri Nanding - Ceramah Umum - Sdra. Suhaizan Kayat, Sdra Nazree Yunus.
18 Mac 2012 - 10.30 pagi - AMK N9 jumpa Rakyat - Telok Pelandok, Port Dickson.
19 Mac 2012 - 10.30 pagi - AMK Malaysia ke Parlimen - Diskusi Pimpinan Parlimen.
JADUAL CERAMAH, PENERANGAN DAN JUMPA RAKYAT - APRIL 2012
6 April 2012, Jumaaat - Johol, Kuala Pilah- jam 9 malam. Ceramah Umum - Sdra. Shamsul Iskandar (Ketua AMK Malaysia), Sdra. Nazree Yunus.
13 April 2012, Jumaat - 9 malam - Ceramah Umum - Sekijang - Johor. Sdra. Rafizi Ramli, Sdra. Nazree Yunus.
Tuesday, March 6, 2012
Gerakan Mahasiswa Hari Ini: Dari Isu Mahasiswa kepada Isu Rakyat : “Rally Mahasiswa 2.0!”
Dasawarsa gerakan mahasiswa kebelakangan ini menunjukkan dinamika gerakan anak muda kampus yang memberangsangkan. Jika Peristiwa Baling 1974 – Disember, merupakan suatu ingatan penting dalam Gerakan Mahasiswa yang bangkit ‘Demi Rakyat’ akibat kemiskinan dan hambatan hidup oleh para petani disana. Maka sudah pasti gerakan mahasiswa hari ini ada normanya yang tersendiri.
Sejarah gerakan anak muda dan mahaiswa telahpun bermula awal sebelum Perang Dunia Kedua, tahun 1930an menjadi saksi bagaimana Guru Pelatih di Kolej Sultan Idris telahpun menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang mengambil pendirian anti penjajahan British. (Walaupun sekarang ada profesor yang menyebut bahawa Malaysia tidak pernah dijajah).
Dalam tahun 1950an juga menunjukkan Gerakan Mahasiswa masih berpaksikan fahaman anti penjajah sebagai kiblat perjuangan. Ini boleh kita lihat bagaimana mahasiswa Universiti Malaya (ditubuhkan 1949) begitu akrab menjalinkan hubungan dengan gerakan anti kolonial, kesatuan sekerja dan termasuk juga persatuan ‘journalists’. Mahasiswa begitu aktif dengan gerakan untuk kemerdekaan negara.
Pola gerakan mahasiswa ini berterusan sehingga tahun 1957 namun terhenti dan bertukar kiblat isu perjuangan apabila Universiti Malaya berpindah daripada Singapura ke Kuala Lumpur. Pola gerakan mahasiswa ini berubah selepas merdeka kepada lebih menfokuskan isu-isu yang selingkar perkara kebajikan mahasiswa.
Keterlibatan gerakan mahasiswa dalam aspek dan dimensi sosial politik boleh dilihat tercerna dalam tahun 1967. Semenjak itu, gerakan mahasiswa semakin vokal sehingga kadang-kala mencabar kepimpinan negara dengan gerakan dan hujahan mereka. Gerakan mahasiswa bertambah luas apabila lebih banyak universiti tempatan ditubuhkan seumpama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-1970), Universiti Teknologi Mara (UiTM-1967), Universiti Sains Malaysia (USM-1969), Universiti Pertanian Malaysia (UPM-1971) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM-1972). Penubuhan ini menambahkan bilangan mahasiswa dan merencamkan lagi gerakan serta dinamikanya.
Peristiwa Telok Gong (1967) juga mencatatkan bagaimana mahasiswa berperanan untuk rakyat. Terdapat juga peranan dan pendirian mahasiswa (PMIUM-Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya) dalam isu Pattani dan serangan Kesatuan Soviet ke atas Czechoslavakia. Mahasiswa bersedia berdemontrasi menyatakan pendirian dalam soal masalah antarabangsa. Peranan Persatuan Masiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) tidak boleh dinafikan antara pemain-pemain awal dalam gerakan mahasiswa. Antaranya pada tahun 1968, PBMUM telah mengadakan satu simposium bagi mengangkat dan mempertahankan kedaulatan Bahasa Melayu dan juga dibangkitkan soal Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Tahun 1969 ditandai sebagai tahun lebih vokal buat mahasiswa kerana dalam period ini, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) telahpun membuat 13 siri rali atau jelajah ceramah mahasiswa menjelang Pilihanraya Umum Mei 1969. Manifesto mahasiswa berkaitan dengan persoalan demokrasi telahpun disebarkan kepada hampir 100 ribu rakyat pada ketika itu.
Hari ini isu mahasiswa seputar isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan isu mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU Pindaan 1975). Kita Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mendukung cita-cita murni anak muda menara gading ini dalam perjuangan mereka memansuhkan AUKU dan PTPTN. Namun isu ini adalah isu rakyat dalam skop lingkungan mahasiswa dan anak muda di kampus. Walaubagaimanapun, tahniah atas gerakan mahasiswa yang menjuarai isu ini. Kita perlu bergerak lebih aktif membesarkan fungsi dan potensi anak muda menara gading.
Justeru kita harus mengatur strategi bersama dalam soal ini. Dinamika anak muda kampus dan potensinya harus digarap dengan lebih holistik dan progresif. Saya melihat ada juga mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai 2011 tempoh hari. Anak muda yang pragmatik perlu disedia bagi persiapan masa depan negara. Jogaan dalam isu PTPTN dan AUKU perlu diterampilkan dalam isu-isu nasional ‘mainstream’. Saya juga tidak ada masalah jika mahasiswa hari ini lebih mendepani parti-parti politik sedia ada dalam isu rakyat yang lebih besar.
Kemuncak gerakan mahasiswa ketika zamannya 1974 perlu ditandai semula dengan garis baru oleh gerakan mahasiswa hari ini. Maka mahu tidak mahu anak muda kampus perlu sudah mula bergerak daripada isu kampus kepada isu rakyat secara lebih agresif.
Rali atau jelajah mahasiswa ketika tahun 1969 perlu dihidupkan semangatnya kembali. Gelombang Kuning Bersih 2.0 dan Himpunan Hijau 2.0 sudah digerakkan massa. Saya masih ingat lagi teman-teman mahasiswa pada tahun 2008, mahu menubuhkan Parti Mahasiswa Negara (PMN). Dimana semangat tersebut? Ketika itu PMN mengambil pendirian untuk menentang Perdana Menteri di Kepala Batas ketika Pilihanraya Umum Ke-12. Apakah akan ada mahasiswa yang akan bertanding di Pekan mahupun di Pagoh bagi PRU-13 akan datang? Sebelum itu, maka perlu untuk saya tegaskan bahawa Gerakan Mahasiswa hari ini sudah boleh memikirkan agenda “Rally Mahasiswa 2.0” mengambil semangat daripada “Rally Mahasiswa 1.0” pada tahun 1969 yang telah memberikan impak positif terhadap perkembangan politik, pemikiran dan kemaslahatan rakyat.
Kita tunggu akan kebangkitan ini…….apakah akan menjadi realiti “Students and People Unite” menjelang PRU-13?.
Oleh: Mohd Nazree Mohd Yunus – Naib Ketua AMK Malaysia, UM Graduate, Mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).