Thursday, October 18, 2012

JELAJAH HARAPAN ANAK MUDA - ANGKATAN MUDA KEADILAN N. SEMBILAN

Siri Jelajah Pertama - Jempol - 22 Oktober 2012

Jemput semua hadir



Monday, October 15, 2012

KEADILAN MEMBAHAGIAKAN KELUARGA ANDA

Mesej kami dari Angkatan Muda Keadilan N. Sembilan jelas berusaha untuk merealisasikan hasrat dan agenda rakyat. Angkatan Muda Keadilan sudah siap siaga bagi bersama-sama rakyat memastikan Kemenangan Rakyat dicipta dalam sejarah politik N. Sembilan.

Pasukan Rakyat yang terdiri daripada anak-anak muda Noghori sudah melihat perbandingan dan masa depan negara & negeri ini harus ditentukan rakyat secara keseluruhannya.

Maka gerakan MEREALISASIKAN AGENDA RAKYAT menjadi motivasi utama perjuangan yang lebih bermakna Demi Masa Depan.

Salam hormat & Salam perjuangan.

-Nazree Yunus-


JELAJAH HARAPAN ANAK MUDA - AMKN9

Salam hormat buat teman-teman anak muda. Insyallah pada 22 Oktober 2012 ini akan bermula Jelajah Harapan Anak Muda Bersama Angkatan Muda Keadilan N. Sembilan. Program akan bermula di Jempol. Mohon partisipasi anak muda khususnya teman-teman AMKN9.

Salam perjuangan buar semua teman anak-anak muda.

-Nazree Yunus-


Tuesday, October 9, 2012

Gerakan & Program Bersama AMK N9 - OKTOBER-NOVEMBER 2012

2 Oct - Program Bersama MP Telok Kemang & Rakyat - Pasir Panjang.

4 Oct - Sidang Media Kebajikan Rakyat - Rembau - Kebajikan Peniaga Chembong 2.30 PM
             Diskusi Bersama Mahasiswa 9.00 PM

5 Oct - Program Kebajikan Bersama Rakyat - Permatang Pasir - Linggi 2.00 PM
             Usrah Bersama Jentera Seremban Selatan 9.00 PM

6 Oct - MATAMKC Seremban 3.00 PM
            Ceramah Kg. Baru Ulu Chengkau 9.00 PM

7 Oct - Ceramah Juasseh 9.00 PM

8 Oct - Diskusi Jelajah Harapan Rakyat 9.00 PM

9 Oct - Sidang Media Kebajikan Rakyat, Taman Koperasi, Pedas, Rembau 11.00 AM

10 Oct - Diskusi Mahasiswa - Parlimen
              Diskusi Sekretariat Kebajikan & Pembangunan Anak Muda Malaysia - Parlimen
              Program Bersama Rakyat & MP Telok Kemang, Linggi 9.00 PM

12 Oct - Mesyuarat MP AMK N. Sembilan - Pejabat MPN 9.00 PM

13 Oct - Ceramah Ekspresi Anak Muda Cintai Rasulullah & Malaysia - 185, Taman Sri
               Serting,Bandar Seri Jempol 9.00 PM  
              
              Bersama Rakyat Linggi - Bukit Tembok 5.00 PM

14 Oct - Diskusi Jelajah Harapan Rakyat - MPN 9.00 PM

15 Oct - Diskusi Mahasiswa - Parlimen
              Diskusi AMKN9 - PAS Rembau - 9.00 PM

16 Oct - Intelectual Discourse - Hak Asasi Anak Muda Disisi Perlembagaan - AMKN9 Bersama Grup 
              Peguam ABIM - Pejabat MPN-KEADILAN N.SEMBILAN, 9.00 PM ( Jemput Semua hadir )

19 Oct - Jelajah Harapan Rakyat - Pertang

20 Oct - Jelajah Harapan Rakyat & Santai Anak Muda - Pertang

21 Oct - Jelajah Harapan Rakyat - Pertang

28 Oct - Program Raya Haji & Korban AMK Malaysia - Melaka

30 Oct - Kunjungan Hormat AMKN9 ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis N. Sembilan

10 November - Ceramah Gua Musang 9.00 PM

13 November - Program Deepavali - AMK N. Sembilan, Rembau.

17 November - Jelajah AMK Malaysia - Kuching - Kota Kinabalu




Friday, September 28, 2012

BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT 2013

Salam, rakyat boleh membuat perbandingan jumlah Belanjawan Pakatan Rakyat berbanding UMNO/BN. Bandingkan kaedah penggunaan RM 233 bilion PR dengan RM 251 bilion UMNO/BN.

Pakatan Rakyat tawarkan pengurusan terbaik buat rakyat dengan budget RM 33.5 bilion  khusus untuk kebajikan.

Buat anak muda, belanjawan PR telah menjamin dalam tahun pertama sebanyak RM 6 bilion peruntukan untuk menghapuskan hutang PTPTN & peruntukan biasiswa kepada seluruh anak-anak muda tanpa mengira ideologi politik.

PM pada waktu ini sedang membentangkan budget pimpinan UMNO/BN. Kita lihat perbandingan lebih jelas selepas ini.

Salam Perjuangan,

Nazree Yunus
Naib Ketua AMK Malaysia
Ketua AMK N. Sembilan
_____________________________

Tema:‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat'
Belanjawan: RM233 bilion (Termasuk RM33.5 bilion untuk kebajikan)
Matlamat: Kebajikan Rakyat, mengawal inflasi dan menurunkan hutang.
Ramalan pertumbuhan ekonomi: 5.2%
Sasaran pengurangan defisit: 3.5 %
Tujuh teras utama:
1.Reformasi dan ketelusan GLC
2.Membina daya saing ekonomi
3.Mengangkat martabat wanita
4.Hasil minyak untuk negeri
5.Menurunkan harga kereta
6.Reformasi membanteras jenayah
7.Perumahan untuk rakyat.
Selain dari itu:
- Peruntukan RM3 bilion setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional.
- Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu.
- Reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah.
- Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi meyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.
- Penurunan Harga kereta melalui pengurangan cukai eksasis sebanyak 20 peratus, selain sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
- Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah selain kenaikan gaji lima peratus kepada anggotanya.
- Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.
  •  Sejumlah RM15 bilion diperoleh dari dasar penjimatan 10 % daripada perbelanjaan negara
  •  RM6 bilion dari pendapatan ekonomi yang rancak pada kadar 6%.
Kebajikan Rakyat (RM33.5 bilion):
  • Elaun guru (RM2.4 bilion),
  • Wifi percuma (RM1.2 bilion),
  • Hapus tol PLUS dan dua konsesi lain dalam tahun pertama (RM6.4 bilion),
  • Hapus PTPTN dan pendidikan percuma (RM6 bilion),
  • Turunkan harga kereta pada 20 peratus potongan cukai (RM2 bilion),
  • Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion)
  • peruntukan 20 peratus royalti minyak (RM12.5 bilion).

Thursday, September 20, 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT N9 & AIDILFITRI BERSAMA RAKYAT - AMK N9

Salam perjuangan buat teman-teman anak muda. Semoga Jelajah Merdeka Rakyat di N9 mampu untuk mencetus momentum perubahan untuk kita membentuk kerajaan rakyat. Anak-anak muda adalah tonggak perubahan bagi memastikan manifesto tonggak nan 9 dapat direalisasikan di N9.

Cetusan perubahan akan bermakna dengan kefahaman & kesatuan perjuangan kearah kebangkitan yang konsisten.

Salam hormat & salam perjuangan,

Nazree Yunus
Ketua AMK N9
Naib Ketua AMK Malaysia


























Tuesday, September 4, 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT NEGERI SEMBILAN Bersama DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Salam hormat buat teman-teman, dijemput dengan hormatnya seluruh teman-teman anak muda & rakyat noghori untuk bersama-sama mengimarahkan JELAJAH MERDEKA RAKYAT Bersama DS Anwar Ibrahim.

Pada 7 September 2012 - Jumaat

CERAMAH MERDEKA RAKYAT - Rantau, Jam 8.45 malam

Jemput semua bersama

Wassalam
-Nazree Yunus-