Wednesday, April 6, 2011

KENYATAAN MEDIA: KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN N.SEMBILAN


AMK N. Sembilan mendesak agar kerajaan menubuhkan dengan SEGERA Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Pegawai Kastam di Pejabat SPRM, Kuala Lumpur pada 7 April 2011. Tuntutan ini adalah berdasarkan kepada beberapa aspek pertimbangan:


1-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sebuah badan penting dalam agenda membanteras rasuah, maka perlu untuk imej institusi ini serta keseluruhan tatakelola SPRM dibersihkan imejnya apatah lagi kes kematian yang berlaku pada kali ini adalah kes kedua selepas kematian Teoh Beng Hock di SPRM Selangor.


2-Menuntut agar SPRM mengemaskini prosuder keselamatan siasatan termasuk persoalan keselamatan saksi atau suspek atau tertuduh dalam kes rasuah.


3- AMK N. Sembilan menyatakan kebimbangan jika SPRM terus dihantui imej buruk dan kehilangan kredibiliti integriti, maka tidak mustahil agenda pembangunan Good Governance dan anti korupsi akan gagal dilaksanakan.


Konklusi dapatan anak muda bahawa Suruhanjaya Diraja adalah perlu bagi merungkai persoalan kredibiliti serta penambaikan tatakelola SPRM. SPRM adalah sebuah badan berkepentingan rakyat. Maka penyelesaian segera adalah perlu bagi memulihkan kompetensi prosuder siasatan dan keselamatan oleh SPRM termasuk kelayakan pegawai, ciri-ciri bangunan, bilik siasatan, method temu-siasat dan rakaman siasatan yang adil dan telus. Badan anti rasuah negara tidak boleh dibiarkan terus-terusan hilang upaya dalam melaksanakan agenda memerangi rasuah serta hilang ciri-ciri keselamatan dalam menjaga kebajikan dan keselamatan saksi atau suspek atau tertuduh.


Mohd Nazree Mohd Yunus

Ketua Angkatan Muda Keadilan N. Sembilan.

No comments:

Post a Comment