Thursday, August 4, 2011

SPRM panggil Ketua AMK N. Sembilan






SEREMBAN – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Mohd Nazree Yunus dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, untuk diambil keterangan berhubung kes rasuah di negeri ini.


Mohd Nazree dilihat memasuki pejabat SPRM negeri, kira-kira jam 10.40 pagi ditemani Ahli Jawatankuasa Exco AMK pusat, Ramlan Roes dan Julailey Jemadi.
Keterangan Mohd Nazree diambil berikutan memorandum anti-korupsi yang dihantarnya kepada pejabat SPRM pada 27 Julai lalu.


Siasatan selama dua jam itu berkait dengan tiga kes rasuah di negeri ini, membabitkan agensi awam, parti politik dan sektor swasta serta Kerajaan Negeri yang berlaku sekitar 2004 hingga 2011.

Ketika ditemui pemberita selepas keterangan diambil, Mohd Nazree berkata, kandungan maklumat berhubung ketiga-tiga kes korupsi berkenaan bagi membolehkan SPRM melakukan siasatan terhadap pihak yang terlibat.


Katanya, tindakan SPRM memanggilnya untuk memberi keterangan menunjukkan impak positif terhadap setiap aduan dalam usaha membanteras jenayah rasuah.


:- Sinar Harian 4 Ogos 2011.


No comments:

Post a Comment