Monday, February 20, 2012

KENYATAAN MEDIA -NAIB KETUA AMK MALAYSIA

SARAN DEBAT ILMIAH ISU PALESTIN-ISRAEL DS ANWAR IBRAHIM & DS NAJIB TUN RAZAK - SELESAI POLEMIK DIPLOMATIK

Bagi menangani isu dan kemelut persoalan hubungan dengan Israel serta Isu Palestin yang kian rancak dibicarakan. Saya melihat bahawa penyelesaian terbaik bagi rakyat khususnya anak-anak muda ialah dengan mendengar sendiri hujahan daripada pihak-pihak yang terlibat khususnya DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

Debat ilmiah ini boleh dianjurkan bagi membuka lembaran politik baru yang dimaksudkan pada hari ini dengan berasaskan sistem nilai dan juga 'K-Politic'. Mana-mana pihak media adalah disarankan mengambil inisiatif ini kerana politik harus diwarnai dengan nilai intelektualisme yang mampu membangunkan pemikiran rakyat dengan memberikan masej yang jelas tentang pendirian atau sikap seseorang pemimpin termasuk parti yang dipimpinnya dalam sesuatu isu.

Hujahan serta laporan dimedia tanpa disusuli dengan memberikan ruang penuh kepada pihak-pihak yang terlibat untuk memberikan penjelasan serta hujahan prinsip terhadap sesuatu isu adalah merugikan masyarakat bahkan menambahkan kekeliruan.

Maka Isu Israel-Palestin ini adalah medan perbahasan yang boleh kita mulakan dalam politik baru Malaysia untuk dibahaskan secara ilmiah dan punyai ruang pertimbangan untuk rakyat menilai situasi. DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Tun Razak boleh diberikan peluang untuk mengutarakan pandangan tanpa sekatan melalui perdebatan atau forum terbuka yang perlu disiarkan oleh media massa Malaysia secara langsung.

Cadangan aspek-aspek yang perlu didebat dan dihujahkan antara kedua-dua belah pihak ialah,

1) Masa Depan Hubungan Diplomatik Malaysia - Israel - Palestin.
2) Pengunduran Israel dari Palestin.
3) Pengiktirafan Baitulmaqdis.
4) Hubungan Dagang Malaysia-Israel.

Beberapa isu diatas boleh dikupas oleh DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Tun Razak untuk rakyat menilai daripada sudut semasa dan prospek masa depan. Ini adalah penting bagi memberikan gambaran masa depan hubungan diplomatik dan antarabangsa Malaysia pada masa akan datang.

MOHD NAZREE MOHD YUNUS
NAIB KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) MALAYSIA

-21 Febuari 2012 -

No comments:

Post a Comment