Monday, March 19, 2012

CERAMAH DS ANWAR IBRAHIM - 22 MAC,KHAMIS, PORT DICKSON








DS ANWAR IBRAHIM - 22 MAC,KHAMIS, 8.45 MALAM, BT3, JALAN LUKUT-PORT DICKSON. Rakyat & Anak Muda dijemput hadir

Sunday, March 11, 2012

INFO REFRESHMENT UNTUK RAKYAT


RAKYAT SEMAKIN BIJAK MENILAI

Prestasi Pakatan Rakyat dalam tempoh 4 tahun di Pulau Pinang - Mampu bayar hutang yang ditinggalkan oleh Gerakan/UMNO/BN sebanyak RM 630 juta. Pakatan Rakyat bayar RM 601 juta. Syabas YAB. Lim Guan Eng.

Selangor dibawah Pakatan Rakyat mampu beri air percuma kepada rakyat - Tidak ada dalam rekod sejarah Malaysia sebelum ini. Simpanan Tunai Selangor sekarang adalah RM 1.9 bilion. Syabas TS Khalid Ibrahim.

Hasil Balak di Kedah - Zaman UMNO/BN - 2007 = RM 8 juta........Zaman Pakatan Rakyat Kedah - Hasil Balak 2010 = RM 53 juta (Sumber: Laporan Audit Negara 2010) - MB- Dato' Seri Azizan

Hasil Balak di Kelantan - Zaman UMNO/BN - 1985-1989 = RM 8 juta (Keluasan 158 200 hektar).............Zaman Pakatan Rakyat - RM 155 juta (Keluasan 10451 hektar) - MB-Tn Guru Dato' Nik Abd. Aziz Nik Mat.

Ini sudah cukup meyakinkan kita bahawa jika PR di beri mandat, insyallah - rakyat lebih sejahtera.

CERAMAH UMUM

JADUAL CERAMAH, PENERANGAN DAN JUMPA RAKYAT - MAC 2012

7 Mac 2012, Rabu - Jam 9 malam, Satria - DUN Paroi - Parlimen Rembau. Sdra Mazlan Aliman Pengerusi ANAK, Nazree Yunus - Naib Ketua AMK Malaysia, Sdra Rozmal Malakan dan Ustz Norazman.

10 Mac - AMK N9 Bersama Rakyat dan Jentera Parlimen Kuala Pilah- Edaran Risalah Penerangan - Ceramah TS Khalid Ibrahim (MB Selangor), 9 malam - Sri Menanti.

15 Mac 2012 - Khamis, 10.30 pagi. Laporan AMK N9 kepada SPRM N9 - Isu Penyelewengan Pimpinan UMNO/BN.

16 Mac 2012 - 9 malam, Hulu Langat, Taman Sri Nanding - Ceramah Umum - Sdra. Suhaizan Kayat, Sdra Nazree Yunus.

18 Mac 2012 - 10.30 pagi - AMK N9 jumpa Rakyat - Telok Pelandok, Port Dickson.

19 Mac 2012 - 10.30 pagi - AMK Malaysia ke Parlimen - Diskusi Pimpinan Parlimen.

JADUAL CERAMAH, PENERANGAN DAN JUMPA RAKYAT - APRIL 2012

6 April 2012, Jumaaat - Johol, Kuala Pilah- jam 9 malam. Ceramah Umum - Sdra. Shamsul Iskandar (Ketua AMK Malaysia), Sdra. Nazree Yunus.

13 April 2012, Jumaat - 9 malam - Ceramah Umum - Sekijang - Johor. Sdra. Rafizi Ramli, Sdra. Nazree Yunus.

Tuesday, March 6, 2012

Gerakan Mahasiswa Hari Ini: Dari Isu Mahasiswa kepada Isu Rakyat : “Rally Mahasiswa 2.0!”


Dasawarsa gerakan mahasiswa kebelakangan ini menunjukkan dinamika gerakan anak muda kampus yang memberangsangkan. Jika Peristiwa Baling 1974 – Disember, merupakan suatu ingatan penting dalam Gerakan Mahasiswa yang bangkit ‘Demi Rakyat’ akibat kemiskinan dan hambatan hidup oleh para petani disana. Maka sudah pasti gerakan mahasiswa hari ini ada normanya yang tersendiri.

Sejarah gerakan anak muda dan mahaiswa telahpun bermula awal sebelum Perang Dunia Kedua, tahun 1930an menjadi saksi bagaimana Guru Pelatih di Kolej Sultan Idris telahpun menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang mengambil pendirian anti penjajahan British. (Walaupun sekarang ada profesor yang menyebut bahawa Malaysia tidak pernah dijajah).

Dalam tahun 1950an juga menunjukkan Gerakan Mahasiswa masih berpaksikan fahaman anti penjajah sebagai kiblat perjuangan. Ini boleh kita lihat bagaimana mahasiswa Universiti Malaya (ditubuhkan 1949) begitu akrab menjalinkan hubungan dengan gerakan anti kolonial, kesatuan sekerja dan termasuk juga persatuan ‘journalists’. Mahasiswa begitu aktif dengan gerakan untuk kemerdekaan negara.

Pola gerakan mahasiswa ini berterusan sehingga tahun 1957 namun terhenti dan bertukar kiblat isu perjuangan apabila Universiti Malaya berpindah daripada Singapura ke Kuala Lumpur. Pola gerakan mahasiswa ini berubah selepas merdeka kepada lebih menfokuskan isu-isu yang selingkar perkara kebajikan mahasiswa.

Keterlibatan gerakan mahasiswa dalam aspek dan dimensi sosial politik boleh dilihat tercerna dalam tahun 1967. Semenjak itu, gerakan mahasiswa semakin vokal sehingga kadang-kala mencabar kepimpinan negara dengan gerakan dan hujahan mereka. Gerakan mahasiswa bertambah luas apabila lebih banyak universiti tempatan ditubuhkan seumpama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-1970), Universiti Teknologi Mara (UiTM-1967), Universiti Sains Malaysia (USM-1969), Universiti Pertanian Malaysia (UPM-1971) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM-1972). Penubuhan ini menambahkan bilangan mahasiswa dan merencamkan lagi gerakan serta dinamikanya.

Peristiwa Telok Gong (1967) juga mencatatkan bagaimana mahasiswa berperanan untuk rakyat. Terdapat juga peranan dan pendirian mahasiswa (PMIUM-Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya) dalam isu Pattani dan serangan Kesatuan Soviet ke atas Czechoslavakia. Mahasiswa bersedia berdemontrasi menyatakan pendirian dalam soal masalah antarabangsa. Peranan Persatuan Masiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) tidak boleh dinafikan antara pemain-pemain awal dalam gerakan mahasiswa. Antaranya pada tahun 1968, PBMUM telah mengadakan satu simposium bagi mengangkat dan mempertahankan kedaulatan Bahasa Melayu dan juga dibangkitkan soal Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Tahun 1969 ditandai sebagai tahun lebih vokal buat mahasiswa kerana dalam period ini, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) telahpun membuat 13 siri rali atau jelajah ceramah mahasiswa menjelang Pilihanraya Umum Mei 1969. Manifesto mahasiswa berkaitan dengan persoalan demokrasi telahpun disebarkan kepada hampir 100 ribu rakyat pada ketika itu.

Hari ini isu mahasiswa seputar isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan isu mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU Pindaan 1975). Kita Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mendukung cita-cita murni anak muda menara gading ini dalam perjuangan mereka memansuhkan AUKU dan PTPTN. Namun isu ini adalah isu rakyat dalam skop lingkungan mahasiswa dan anak muda di kampus. Walaubagaimanapun, tahniah atas gerakan mahasiswa yang menjuarai isu ini. Kita perlu bergerak lebih aktif membesarkan fungsi dan potensi anak muda menara gading.

Justeru kita harus mengatur strategi bersama dalam soal ini. Dinamika anak muda kampus dan potensinya harus digarap dengan lebih holistik dan progresif. Saya melihat ada juga mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai 2011 tempoh hari. Anak muda yang pragmatik perlu disedia bagi persiapan masa depan negara. Jogaan dalam isu PTPTN dan AUKU perlu diterampilkan dalam isu-isu nasional ‘mainstream’. Saya juga tidak ada masalah jika mahasiswa hari ini lebih mendepani parti-parti politik sedia ada dalam isu rakyat yang lebih besar.

Kemuncak gerakan mahasiswa ketika zamannya 1974 perlu ditandai semula dengan garis baru oleh gerakan mahasiswa hari ini. Maka mahu tidak mahu anak muda kampus perlu sudah mula bergerak daripada isu kampus kepada isu rakyat secara lebih agresif.

Rali atau jelajah mahasiswa ketika tahun 1969 perlu dihidupkan semangatnya kembali. Gelombang Kuning Bersih 2.0 dan Himpunan Hijau 2.0 sudah digerakkan massa. Saya masih ingat lagi teman-teman mahasiswa pada tahun 2008, mahu menubuhkan Parti Mahasiswa Negara (PMN). Dimana semangat tersebut? Ketika itu PMN mengambil pendirian untuk menentang Perdana Menteri di Kepala Batas ketika Pilihanraya Umum Ke-12. Apakah akan ada mahasiswa yang akan bertanding di Pekan mahupun di Pagoh bagi PRU-13 akan datang? Sebelum itu, maka perlu untuk saya tegaskan bahawa Gerakan Mahasiswa hari ini sudah boleh memikirkan agenda “Rally Mahasiswa 2.0” mengambil semangat daripada “Rally Mahasiswa 1.0” pada tahun 1969 yang telah memberikan impak positif terhadap perkembangan politik, pemikiran dan kemaslahatan rakyat.

Kita tunggu akan kebangkitan ini…….apakah akan menjadi realiti “Students and People Unite” menjelang PRU-13?.

Oleh: Mohd Nazree Mohd Yunus – Naib Ketua AMK Malaysia, UM Graduate, Mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).