Friday, September 28, 2012

BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT 2013

Salam, rakyat boleh membuat perbandingan jumlah Belanjawan Pakatan Rakyat berbanding UMNO/BN. Bandingkan kaedah penggunaan RM 233 bilion PR dengan RM 251 bilion UMNO/BN.

Pakatan Rakyat tawarkan pengurusan terbaik buat rakyat dengan budget RM 33.5 bilion  khusus untuk kebajikan.

Buat anak muda, belanjawan PR telah menjamin dalam tahun pertama sebanyak RM 6 bilion peruntukan untuk menghapuskan hutang PTPTN & peruntukan biasiswa kepada seluruh anak-anak muda tanpa mengira ideologi politik.

PM pada waktu ini sedang membentangkan budget pimpinan UMNO/BN. Kita lihat perbandingan lebih jelas selepas ini.

Salam Perjuangan,

Nazree Yunus
Naib Ketua AMK Malaysia
Ketua AMK N. Sembilan
_____________________________

Tema:‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat'
Belanjawan: RM233 bilion (Termasuk RM33.5 bilion untuk kebajikan)
Matlamat: Kebajikan Rakyat, mengawal inflasi dan menurunkan hutang.
Ramalan pertumbuhan ekonomi: 5.2%
Sasaran pengurangan defisit: 3.5 %
Tujuh teras utama:
1.Reformasi dan ketelusan GLC
2.Membina daya saing ekonomi
3.Mengangkat martabat wanita
4.Hasil minyak untuk negeri
5.Menurunkan harga kereta
6.Reformasi membanteras jenayah
7.Perumahan untuk rakyat.
Selain dari itu:
- Peruntukan RM3 bilion setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional.
- Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu.
- Reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah.
- Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi meyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.
- Penurunan Harga kereta melalui pengurangan cukai eksasis sebanyak 20 peratus, selain sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
- Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah selain kenaikan gaji lima peratus kepada anggotanya.
- Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.
  •  Sejumlah RM15 bilion diperoleh dari dasar penjimatan 10 % daripada perbelanjaan negara
  •  RM6 bilion dari pendapatan ekonomi yang rancak pada kadar 6%.
Kebajikan Rakyat (RM33.5 bilion):
  • Elaun guru (RM2.4 bilion),
  • Wifi percuma (RM1.2 bilion),
  • Hapus tol PLUS dan dua konsesi lain dalam tahun pertama (RM6.4 bilion),
  • Hapus PTPTN dan pendidikan percuma (RM6 bilion),
  • Turunkan harga kereta pada 20 peratus potongan cukai (RM2 bilion),
  • Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion)
  • peruntukan 20 peratus royalti minyak (RM12.5 bilion).

Thursday, September 20, 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT N9 & AIDILFITRI BERSAMA RAKYAT - AMK N9

Salam perjuangan buat teman-teman anak muda. Semoga Jelajah Merdeka Rakyat di N9 mampu untuk mencetus momentum perubahan untuk kita membentuk kerajaan rakyat. Anak-anak muda adalah tonggak perubahan bagi memastikan manifesto tonggak nan 9 dapat direalisasikan di N9.

Cetusan perubahan akan bermakna dengan kefahaman & kesatuan perjuangan kearah kebangkitan yang konsisten.

Salam hormat & salam perjuangan,

Nazree Yunus
Ketua AMK N9
Naib Ketua AMK Malaysia


























Tuesday, September 4, 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT NEGERI SEMBILAN Bersama DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Salam hormat buat teman-teman, dijemput dengan hormatnya seluruh teman-teman anak muda & rakyat noghori untuk bersama-sama mengimarahkan JELAJAH MERDEKA RAKYAT Bersama DS Anwar Ibrahim.

Pada 7 September 2012 - Jumaat

CERAMAH MERDEKA RAKYAT - Rantau, Jam 8.45 malam

Jemput semua bersama

Wassalam
-Nazree Yunus-