Tuesday, January 24, 2012

KENYATAAN MEDIA AMK N. SEMBILAN - PEMIMPIN WAJIB ISYTIHAR HARTA -AMK N9 JAWAB MB N9



KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI SEMBILAN

JANUARI 2012

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N.SEMBILAN IDEA BARU

1- Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan menyatakan pendirian kita dengan menyokong penuh Manifesto Pakatan Rakyat N. Sembilan yang telahpun dilancarkan pada 15 Januari 2012 lepas sebagai suatu bentuk Dokumen Manifesto Baru untuk rakyat.

2- Kita juga menolak dakwaan Pengerusi Perhubungan UMNO N. Sembilan yang juga Menteri Besar N. Sembilan yang begitu dangkal dalam memberikan pandangan bahawa semua idea dalam Manifesto PR N. Sembilan telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional termasuk soal pengisytiharan harta.

3- AMK N. Sembilan membidas dakwaan ini kerana pimpinan UMNO/BN dalam Kerajaan N. Sembilan sekadar mengisytiharkan harta kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar sendiri sedangkan hasrat Pakatan Rakyat ialah pengisytiharan harta itu perlu kepada rakyat umum.

4- Semakan dilaman web rasmi Kerajaan N. Sembilan jelas menunjukkan bahawa tidak ada langsung akses kepada kedudukan dan pengisytiharan harta pimpinan Exco Kerajaan Negeri Sembilan berbanding pimpinan Exco Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

5- AMK N. Sembilan membuka ruang dan mencabar Pengerusi Perhubungan UMNO N. Sembilan untuk berdebat atau berforum isu Manifesto Pakatan Rakyat untuk rakyat ini. Rakyat perlu mendapat penjelasan yang lebih lanjut berkaitan kandungan Manifesto PR N. Sembilan supaya tidak dikelirukan dengan pandangan dangkal pimpinan UMNO/BN seumpama yang telah dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungannya.

6- AMK N. Sembilan menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sejauhmana nilai Manifesto Pakatan Rakyat N. Sembilan berbanding tohmahan cedokan idea oleh Menteri Besar N. Sembilan. Rakyat boleh membandingkan prestasi 3 tahun Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau, Pinang, Kedah & Kelantan mutakhir ini berbanding sebelum ini di bawah Barisan Nasional.

MOHD NAZREE BIN MOHD YUNUS

KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN N. SEMBILAN/NAIB KETUA AMK MALAYSIA

No comments:

Post a Comment