Sunday, June 3, 2012

Warkah Terbuka - TONGGAK NAN SEMBILAN - MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN

Saya dengan rendah hati memohon agar teman-teman Angkatan Muda N. Sembilan dan anak-anak muda seluruh negara agar dapat menyebarkan Warkah Rakyat & Manifesto Rakyat ini semaksimum yang boleh demi memastikan penerangan, maklumat dan agenda Pakatan Rakyat N . Sembilan dapat difahami dan dicermati oleh rakyat.

Saya optimis untuk melihat bertebaran Risalah Rakyat serta Manifesto Rakyat ini. Setiap edaran oleh sdra/sdri sekalian saya doakan diganjari Allah SWT dengan kebaikan disisiNYA. Anak-anak muda boleh bertwitter dan paparan di facebook adalah amat digalakkan.

Partisipasi dan keterlibatan semua adalah dapat menjamin kemenangan rakyat di N. Sembilan. Terima kasih buat semua yang dapat menyumbang tenaga dan usaha atas gerak kerja sebaran Manifesto Rakyat Tonggak Nan Sembilan - Pakatan Rakyat N. Sembilan ini.

Sekian, Warkah Terbuka Reformasi Penerangan Demi Rakyat

Nazree Yunus
Ketua AMK N. Sembilan - Naib Ketua AMK Malaysia






2 comments:

  1. Calon N15 Juasseh Rosli Omar tu sape dia? jenuh saya mencari dalam Internet muka pun takde.. Saya mengundi untuk P129 dan N15.
    tapi bekerja di selangor. susah betul nak kenal calon...

    ReplyDelete