Monday, August 6, 2012

Salam Aidilfitri Buat Rakyat & Anak Muda

Bersama kita mengimarahkan Ramadhan yang berbaki dengan kesungguhan ibadah yang kuat. Amal ibadah harus ditingkatkan dalam Ramadhan apatah lagi dipenghujung Ramadhan ini. Rebutlah ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita sempena Ramadhan.

Kukuhkan Saf perjuangan khususnya buat teman-teman anak muda. Semoga keberkatan Ramadhan dapat kita panjangkan dalam bulan-bulan yang lain dengan semangat ibadah, perjuangan kebenaran dan keadilan yang kukuh serta istiqamah.

Amalan bersedekah juga wajar diperbanyakkan dalam bulan Ramadhan, serta amalan ziarah-menziarahi kita laksanakan ketika Aidilfitri berkunjung ke rumah sanak-saudara & sahabat-handai. Bantulah golongan miskin-fakir, anak yatim, saudara baru, saudara-mara, sahabat-sahabat dan golongan yang memerlukan tatakala Ramadhan ini dan menjelang Aidilfitri nanti. Kita doa bersama agar beroleh keberkatan dan dimurahkan rezeki bersama oleh Allah SWT.

Salam hormat & Salam perjuangan buat semua.

Nazree Yunus
Naib Ketua AMK Malaysia-Ketua AMK N.Sembilan


No comments:

Post a Comment