Sunday, February 2, 2014

Amal Politik Berakhlak-Tolak BN di Kajang : Naib Ketua AMK Malaysia

Kenyataan Media Naib Ketua AMK Malaysia 3 Februari 2014

Amal Politik Berakhlak - Tolak BN di Kajang

AMK menolak sikap dan pendirian kempen tidak beretika Umno BN yang diumumkan oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa akan mendedahkan kepada umum berkaitan isu kes mahkamah Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai modal kempen mereka.

AMK menyarankan kepada Umno serta Datuk Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan Umno agar mengamalkan politik yang lebih berakhlak dan beretika. Pakatan Rakyat akan berkongsi maklumat dengan rakyat berkaitan isu-isu serta usaha-usaha pembangunan insaniah dan fizikal yang telah dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan di Selangor termasuk di Kajang oleh Pakatan Rakyat.

Justeru, AMK menyeru agar rakyat menolak segala bentuk kempen politik yang tidak berakhlak dan beretika dalam PRK Kajang yang akan berlangsung tidak lama lagi. AMK juga menyeru seluruh anggota AMK dan anak-anak muda di seluruh negara agar dapat turun bersama berkempen di Kajang bagi memastikan kemenangan rakyat di Kajang dapat dipertahankan melalui Keadilan dan Pakatan Rakyat.

Mohd Nazree Mohd Yunus
Naib Ketua AMK Malaysia

No comments:

Post a Comment