Belum selesai bicara Fitnah 2, maka timbul pula video seks sebagai hidangan fitnah 3. Yang hairannya, terkini timbul pendedahan siapa sebenarnya Datuk T (Tan Sri Rahim Thamby Chik Bekas Ketua Menteri Melaka UMNO, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk Shuib Lazim (Bekas Senator UMNO/Sekarang Bendahari PERKASA).
Teorinya mudah, mengapa individu ini memilih jalan pendedahan skandal seks, apakah pendekatan seperti ini menjadi pendekatan politik baru yang tidak beretika?.
Laporan polis & siasatan satu perkara. Tetapi yang jelas bahawa ini bukti UMNO/BN sah terlibat dengan pemuka-pemuka yang muncul mengaku sebagai Datuk T ini adalah masih bersama UMNO/BN. Apakah sudah tidak ada lagi etika untuk berlawan politik sehingga kononnya video seks pemimpin Pakatan Rakyat mahu didedah.
Justeru, tidak mustahil selepas ini akan muncul lebih banyak lagi klip video seks yang melibatkan lebih ramai pimpinan negara terutamanya dari UMNO/BN. Ini akan berlaku jika kita rakyat terus menerima tanpa bantah pendekatan politik jijik dan kotor serta tidak bermaruah seumpama ini.
Konklusinya, dakwaan rangkaian UMNO/BN terlibat dalam kes ini terbukti dengan pengakuan oleh Datuk T khususnya oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik. Ternyata kuasa kudrat Allah SWT maha kaya untuk mendedahkan kebenaran keterlibatan pemuka UMNO/BN dalam skandal video seks ini.
Polis harus jalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Trionya atas paparan bahan lucah serta perlu dibuktikan ketulenan video tersebut supaya fitnah dapat dirungkai dan rakyat memperoleh maklumat sebenar.
No comments:
Post a Comment