Wednesday, August 17, 2011

Kenaikan Harga Barang VS Gaji Rakyat & Anak Muda



Harga barang melambung naik. Gaji anak muda & rakyat tidak naik, inilah hasil pentadbiran UMNO/BN. Mereka punyai kuasa untuk laksanakan implimentasi ekonomi terbaik untuk rakyat. Nakmpaknya mereka gagal untuk realisasikan DEMI RAKYAT. Maka DEMI RAKYAT anak muda pilih Pakatan Rakyat untuk diberi peluang mereka mentadbir Putrajaya sekaligus menjaga amanah dengan 'political will' bagi memastikan polisi yang baik termasuk kawalan harga barang dapat diteliti dan diurustadbir dengan kompeten. BANDINGKAN harga barang dengan gaji rakyat & anak muda. (Ini belum ditambah lagi dengan hutang PTPTN RM 25ribu ++, hutang kereta RM 55ribu ++, hutang rumah beli/sewa RM 100ribu-RM 150ribu ++, hutang personal loan RM 10ribu ++, hutang nak kahwin RM 10ribu++, and pelbagai hutang lagi, petrol naik, tol naik, tarif elektrik naik). Jika begini keadaannya, maka tidak mustahil anak muda bakal menjadi JUTAWAN HUTANG!!!



SENARAI HARGA BARANG NAIK 2011


SENARAI BARANG YANG MENGALAMI KENAIKAN HARGA:


1) MILO - Milo tin bersaiz 1.5kg yang dicadangkan pengilang ialah RM22.75 berbanding RM21.50 sebelum 15 Mac lalu sementara bagi pek bersaiz 400gm naik dari RM6.06 kepada RM6.40.


2) NESCAFE -Nescafe pek bersaiz 100gm naik 20 sen kepada RM6.70 baru-baru ini

3)SUSU PEKAT FN- Susu tin jenama F&N jenis krimer manis 510gm naik 20 sen setin kepada RM2.40 sejak 1 April lalu


4) GULA - naik dari RM2.1o ke RM 2.30 sekilogram. Mula naik 10 Mei 2011.

5) BAWANG BESAR & KECIL - Bawang kecil pula yang biasa dijual RM4 hingga RM5 sekilogram meningkat kepada RM11 sekilogram, manakala bawang besar yang lazimnya dijual RM1.50 hingga RM2.50 sekilogram naik kepada RM5 sekilogram. (Melambung naik pada awal tahun 2011)


6) BAWANG PUTIH - dulu harga RM 4-RM 4.5o sekilogram sudah naik RM 10 sekilogram. (Melambung naik pada awal tahun 2011)


7) SARDIN KING CUP- King Cup naik 40 sen kepada RM4.30


8) SARDIN AYAM BRAND - naik dari RM5.8 ke RM6.10


JUSTERU, DEMI RAKYAT maka Angkatan Muda Keadilan N. Sembilan dengan ini melancarkan Siri Penerangan Anak Muda untuk Rakyat. Gaji rakyat perlu dinaikkan (ruang pendapatan ditingkatkan & ruang kenaikan harga barang dikurangkan), bukan hanya habis bayar hutang dan harga keperluan asas dan makanan yang melambung naik. Inilah kesan akibat kenaikan harga minyak dan tarif elektrik. Sebabnya ada korupsi, syarikat kroni dapat untung berbilion ringgit. Rakyat sengsara. Sekali lagi rakyat dan anak muda telah sedar, bahawa akibat rasuah dan salah urus tadbir serta ketidakcekapan dalam pengurusan negara mengakibatkan rakyat sengsara. Inilah ertinya bahaya KORUPSI.


P/S: Mohon risalah ini disebarkan/ difoward kepada 10 anak muda. Jika ada yang mahu membuat fotokopi adalah digalakkan. Juga boleh difotokopi 10 helai bagi setiap pembaca anak muda. Ayuh anak muda bangkit dengan kesedaran dan kefahaman. Pernyataan pendirian kita selaku anak muda adalah berasaskan prinsip dan maklumat.

No comments:

Post a Comment