Monday, October 31, 2011

SYABAS PASUKAN BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN N. SEMBILAN

31 OKTOBER 2011

Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMK N9) mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan atas kejayaan memenangi Piala Malaysia 2011. Kejayaan menumpaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan tersebut walaupun ketinggalan satu jaringan menunjukkan semangat juang yang tinggi oleh para pemain pasukan Negeri Sembilan. Kita bangga dengan kejayaan ini.

AMK N. Sembilan menyarankan agar Kerajaan Negeri memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha dan kejayaan yang telahpun dilakar oleh para pemain. Ini sejarah yang tidak boleh diambil ringan oleh Kerajaan Negeri kerana kemampuan pasukan bola sepak Negeri Sembilan membawa 2 kali dalam 3 tahun Piala Malaysia ke Negeri Sembilan adalah suatu kejayaan yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk memajukan sukan di Negeri Sembilan.

AMK N. Sembilan menyokong penuh usaha mana-mana pihak untuk membangunkan sukan di N. Sembilan khususnya untuk anak-anak muda dan rakyat umumnya.

Mohd Nazree bin Mohd Yunus

Ketua AMK N. Sembilan/Naib Ketua AMK Pusat

No comments:

Post a Comment