Tuesday, June 8, 2010

Mampukah Pakatan Rakyat jadi Kerajaan Bersih? UMNO/BN bagaimana?

Pakatan Rakyat perlu memfokuskan penerangan terhadap isu-isu semasa, Good Governance dan Negara Berkebajikan untuk rakyat. Banding beza diantara pencapaian Pakatan Rakyat dalam tempoh 2 tahun lebih ini berbanding UMNO/BN yang sudah hampir 52 tahun memerintah Malaysia. Laras bahasa penerangan itu perlu mengikut daerahnya. Bandar lain caranya, kampung lain caranya. Namun infonya tetap sama. Pakatan Rakyat telahpun 'deliver' dengan baik kepada rakyat baik daripada aspek kebajikan mahupun kepimpinan beramanah. Kita boleh semak pencapaian ini dengan merujuk kepada laporan Audit Negara dan info semasa negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (Kelantan, Kedah, Pulau-Pinang & Selangor).

Namun terdapat juga juak-juak UMNO/BN yang masih yakin jika diletakkan songkokpun UMNO/BN boleh menang. Apakah ini masih mungkin berlaku untuk Pilihanraya ke-13? Mungkinkah watak 'songkok' akan menang? Pandangan ini diberikan oleh pemuka-pemuka UMNO bagi kawasan FELDA dan tegar Melayu. Mereka pemuka UMNO sebut letak 'songkok' masih boleh menang. Hujah mereka, lihat Hulu Selangor? Benarkah itu petunjuknya?

Apakah anak muda bersetuju dengan fenomena politik seumpama ini. Dalam kebanyakkan sembang-sembang santai anak muda. Sudah mula ada mempertikaikan bahkan mempersoalkan apakah mampu Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan yang lebih bersih berbanding UMNO/BN? Ini pertikaian yang timbul akibat noda-noda lompat parti oleh ahli Parlimen/ADUN PR dan termasuk juga bekas pimpinan PR yang jelas memualkan untuk anak muda. Generasi muda tidak selesa dengan gaya politik tidak berprinsip. Pendekatan konstruktif dan kritis dengan prinsip menjadi pilihan generasi baru.

Begini jawaban kita, Pakatan Rakyat dipersoalkan tentang kemampuannya pada masa hadapan untuk menjadi Kerajaan Bersih dan lebih baik berbanding UMNO/BN, namun wajib kita sedar bahawa UMNO/BN hari ini telahpun menjadi Kerajaan Korup & Tidak Bersih. Pilihan yang ada pada anak muda adalah lebih baik memilih bersama dan mendukung Pakatan Rakyat untuk membina masa depan Kerajaan Bersih berbanding bersama UMNO/BN yang telahpun kotor pada hari ini.

2 comments:

  1. pakatan rakyat itu sendiri harus kembali ke fitrahnya...penambah baikkan utk rakyat itu diharuskan tetapi apabila ianya mula dicampur adukkan dengan kepentingan maka goncangan struktur itu kian jelas seperti sekrang...harus kembali kepada maudhok prjuangan...jgn leka dgn dunia..

    ReplyDelete
  2. Salam, terima kasih atas pandangan Sdra Saufi dan SAMM. Insyallah, kesedaran anak muda adalah asas kebangkitan rakyat secara bersama.

    ReplyDelete