Wednesday, November 30, 2011

Kongres AMK & KEADILAN cetus semangat kembalikan hak & suara rakyat - Perhimpunan Pemuda & UMNO akui mereka khianat rakyat

Nampaknya kebimbangan KJ Ketua Pemuda UMNO/BN begitu serius terhadap kemungkinan kekalahan UMNO/BN dalam PRU-13. Selepas Timbalan Presiden UMNO - TS Muhyiddin Yasin menyatakan bahawa PRU-13 adalah hidup mati UMNO/BN, maka perasaan ini dikongsi bersama oleh KJ dan DS Shahrizat Jalil. DS Shahrizat sibuk bicara soal lembu NFC nya, terdiam wanita apabila ketuanya hanya bincang tentang lembu-lembu kondo. TS Muhyiddin menonjolkan semangat Melayu keterlaluan tanpa diambil kira siapakah yang telah menggagalkan agenda Melayu kalau bukan UMNO/BN dengan rasuah dan ketirisan negara yang pernah mencapai angka RM 28 bilion setahun.

Pemuda UMNO sudah tidak ada isu. Masalah rakyat tidak menjadi fokus. Yang menjadi fokus ialah sibuk menjahanamkan orang lain. Ini berbeza dengan semangat yang ditonjolkan dalam Kongres AMK & KEADILAN di Johor tempoh hari, hak & keadilan untuk rakyat dibahas dengan baik. Pesanan untuk kukuhkan saf perjuangan ditekankan. Ini adalah keprihatinan bijak oleh para perwakilan, pemimpin dan anggota KEADILAN. Banding sahaja 3 tahun PAKATAN RAKYAT di Selangor, Kedah, Kelantan & Pulau Pinang dengan 54 tahun UMNO/BN, ternyata momentum prihatin rakyat Pakatan Rakyat begitu cepat melonjak dan konsisten. Rakyat & anak muda menilai ini.

Formula 6 Jahanam Pemuda UMNO nampaknya tidak menjawab cabaran Angkatan Muda Keadilan apakah UMNO/BN berani menggubal Perlembagaan agar PM itu hadir daripada orang Melayu.

Ini sekadar cabaran AMK, kerana UMNO sering mencanang bahawa mereka adalah jaguh Melayu. Hari ini andai kata Melayu mencabar mereka agar putuskan secara undang-undang bahawa PM perlu Melayu, apakah jawapan mereka? Sah cabaran politik ini tidak mampu dijawab oleh Pemuda UMNO. KEADILAN adalah parti berbilang kaum, kita mendukung semangat integrasi dengan baik tidak cauvanis seperti UMNO dan rakan sekutu.

Saya tidak mahu membincangkan tentang detail 6 jahanam yang dimaksudkan oleh KJ itu, tapi jika diteliti kesemuanya perkara tersebut dijahanam oleh UMNO/BN. Ini terus-terusan berlaku selama 54 tahun.

Ketua Pemuda UMNO perlu jawab siapakah
1) YANG MENJANAMKAN NEGARA DENGAN RASUAH SELAMA 54 TAHUN?
2) YANG MEMBENARKAN SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA.
3) SIAPA YANG MENYERAHKAN TANAH DI BUKIT GENTING SELAMA 999 TAHUN KEPADA LIM GOH TONG DAN MENUKAR HUTAN HUJAN MENJADI LUBUK JUDI?.
4) SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEHILANGAN RM50 BILION SAHAM BUMIPUTERA SEJAK MERDEKA?.
5) SIAPAKAH YANG MENYUSUTKAN KELUASAN TANAH REZAB MELAYU HAMPIR 50% SEJAK MERDEKA?
6)SIAPAKAH YANG MENYERAHKAN PULAU BATU PUTIH DAN TANJUNG PAGAR KEPADA SINGAPURA?
7)SIAPA YANG MENGGAGALKAN DEB DENGAN KETIRISAN?
8)SIAPAKAH YANG MELEPASKAN TELAGA MINYAK MALAYSIA KEPADA BRUNEI?

Ini cabaran kepada Sdra KJ jika mahu berhujah, AMK bersedia untuk berhujah kita bincang secara rasional untuk dipertimbangkan oleh rakyat. Biar rakyat buat keputusan, biar kita mentadbir atas kebijaksanaan rakyat dan bukannya dengan cara tipu dan memperkekehkan minda rakyat.

Kita tunggu respond daripada Ketua Pemuda UMNO berkenaan pelawaan Debat Pemuda Demi Rakyat ini.

No comments:

Post a Comment